Roti Gardenia

Ini Mungkin Punca Sebenar Kenapa Roti Gardenia Naik Harga Lagi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menurut satu laporan di portal Majoriti, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Kenaikan harga produk tersebut menyaksikan harga roti Gardenia naik lagi dalam tempoh tidak sampai setahun kerana syarikat itu baharu sahaja dilaporkan mengumumkan semakan harga pada 1 Disember tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, “Kami sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan”.

Adakah wajar bagi Gardenia untuk menaikkan lagi harga produk mereka ketika ini? Faridzul Asyraf Mat Arifin memberikan satu kupasan yang menarik mengenai isu kenaikan harga roti Gardenia ini di Facebooknya berikut:

Roti Gardenia

GARDENIA NAIK HARGA DAN KENAPA IA PERLU

Semalam kawan saya racun dengan satu company penyediaan data SSM yang lebih lengkap. Harga reportnya hanya RM35 tapi ia lebih lengkap dan paparannya lebih cantik daripada e-info. So cubalah beli data milik Gardenia dah alang-alang harga nak naik 1 September ni kan.

Gardenia ni unik sejarahnya. Bermula di Sabah pada 1969 tapi HQ kini di Singapura. Masuk kembali di Semenanjung Malaysia pada 1985 dengan company totally berlainan dengan di Sabah walaupun nama sama.

Orang Sabah kalau datang semenanjung mereka akan borong Gardenia di sini, sebab di Sabah dan Semenanjung dua company entiti berbeza jadi produk juga berlainan. Katanya di Sabah siap ada air lagi jenama Gardenia!

Gardenia dah jadi syarikat besar, dah listed pun di Singapura. Untuk pasaran Semenanjung Malaysia dijalankan oleh Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

2 shareholder utama adalah Padiberas Nasional (Bernas) dan Gardenia International (Syarikat Singapura) sebanyak 50-50.

Tak mengejutkan apabila melihat revenue mereka di Malaysia sahaja dah cecah 1 Billion! Cuma kalau tengok dari segi profit mereka semakin mengecil.

Ada banyak faktorlah antaranya:

+ Harga tepung naik 25%

+ Gaji minimum

+ Banjir di Shah Alam tempoh hari

Jadi nak sustain, nak tak nak kenalah naikkan harga. 3% net profit ni memang bisnes tak stabil sangat jadi langkah mereka naikkan harga tu sangat perlu.

So pagi ni breakfast dengan roti Gardenia ke?

BACA: Gardenia Naikkan Harga Produk Antara 10 Sen Ke 45 Sen Bermula 1 Disember 2021

Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin, Majoriti