
Gempar! RM BTS Lebih ‘Hensem’ Dari Henry Cavill, Ramai Terkejut Dan ‘Cannot Brain’
Berlaku sedikit kekecohan dalam dunia hiburan beberapa hari yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan bahawa anggota kumpulan BTS iaitu Kim Nam-joon atau lebih dikenali dengan gelaran RM adalah lebih kacak dari pelakon watak Superman, Henry Cavill.
TC Candler yang mengeluarkan senarai ‘The Annual Independent Critics List of the 100 Most Beautiful Faces’ yang ditunggu-tunggu setiap tahun walau bagaimanapun menafikan berita ini.
Menurut TC Candler, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana senarai untuk tahun 2022 masih lagi belum dikeluarkan.
Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh TC Candler di laman Facebooknya:
“Kepada sesiapa yang bertanya dan menyebarkan ‘meme’ itu…jawapannya ialah Tidak, kami belum pun mengeluarkan lagi senarai akhir untuk tahun 2022. Kami hanya mengeluarkan senarai penuh Top 100 pada akhir Disember nanti.
Walaupun kami juga meminati kedua-dua RM dan Henry Cavill, masih lagi tiada siapa di antara mereka yang sudah dipilih sebagai pemenang atau memasuki Top 5.
Belum ada sebarang keputusan untuk tahun 2022 sebelum kami buka undian pada Disember.
Jika anda ternampak ‘meme’ atau berita mengenai perkara ini tular di media sosial, tolong abaikan dan jangan kongsi. Terima kasih” — TC Candler
——
Tahun lalu, gelaran paling ‘hensem’ 2021 menjadi milik seorang model dari Myanmar, Paing Takhon yang mengalahkan pelakon watak superhero Thor, Chris Hemsworth di tempat kedua.
Maka dengan itu, walaupun ramai yang ‘cannot brain’, masih tidak mustahil sekiranya RM benar-benar terpilih sebagai lebih ‘hensem’ dari Henry Cavill untuk tahun 2022.
BACA: Bintang Spider-Man Ini Pernah Gagal Dapat Tawaran Berlakon Kerana Dikatakan ‘Kurang Hensem’
Sumber: TC Candler
Trending now



