Wakaf Al-Quran

Wakaf Al-Quran Di Surau Dan Masjid – Perniagaan Yang Membawa Kepada Pembaziran?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Satu ciapan yang menyentuh mengenai isu wakaf al-Quran di surau dan masjid di Malaysia menjadi tular apabila menerima lebih 3,000 tanda suka dan diulang kicau hampir 2,000 kali setakat ini.

Ciapan yang dibuat oleh Faisal Rahim tersebut mempersoalkan tentang lambakan al-Quran yang diwakafkan oleh orang ramai ketika ini yang lebih cenderung ke arah pembaziran kerana kitab suci tersebut kebanyakannya langsung tidak disentuh.

Dia juga berpendapat, hanya pihak yang menjalankan perniagaan wakaf al-Quran tersebut sahaja yang akhirnya mengaut keuntungan yang banyak sedangkan berkotak-kotak al-Quran dikhuatiri masih lagi tersadai kerana tidak dibaca oleh sesiapa pun.

Berikut adalah isi kandungan bebenang ciapan tersebut:

Wakaf Al-Quran

Sebenarnya aku rasa wakaf Al-Quran ni macam dah jadi satu perniagaan.

Ada masjid dan surau yang dah cukup Al-Quran (masih baru). Tapi mereka tetap bagi lagi berkotak-kotak Al-Quran.

Akhirnya duduk je dalam kotak sebab tak cukup rak nak susun. Mereka dah untung jual Al-Quran tu.

Jujurnya dari 300 naskah Al-Quran kat masjid tu mungkin yang baca sehari cuma 5-10 orang je.

Hari Jumaat paling ramai pun 50 orang baca bergantung lokasi. Sebab ramai baca Al-Quran kat smartphone je sekarang.

Maksud aku, Al-Quran dah mencukupi kat majoriti masjid dan surau.

Kalau nak perbaiki kaedah wakaf Al-Quran, kena sesuaikan lokasi.

Contoh budak tahfiz, mereka ada preference saiz dan jenis Al-Quran sendiri. Kawasan ramai orang berusia, perlukan Al-Quran besar dan sebagainya.

Bukan bagi SEMUA tempat SATU jenis je. Akhirnya takde siapa baca.

Begitulah.

BACA: Malaysia Pengeluar Al-Quran Kedua Terbesar Di Dunia

Sumber: Faisal Rahim