298380290_412221244227458_5724523974937988276_n

Wanita Ini Nasihatkan Agar Jangan Simpan Barang Yang Tak Dipakai Dalam Rumah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Adakah anda seorang suka membuat koleksi barangan peribadi seperti pinggan mangkuk, pakaian, jam tangan atau pun apa sahaja? Sekiranya ya, anda patut memikirkan semula tentang minat mengumpul koleksi peribadi ini.

Perkongsian yang diberikan oleh Tuah’ainil Sufi mungkin boleh menginsafkan diri kita. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

JANGAN SIMPAN BARANG YANG TAK DIPAKAI

Sahabat,

Kita mencari harta dan kekayaan, tidak dilarang dalam agama.

Mengumpul dan menghimpun kekayaan itu yang dilarang dan tercela.

Peringatan untuk saya, keluarga dan sahabat-sahabat semua juga. 😢

Mungkin ada yang tak tahu, semoga ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun dahulu sama-sama kita dapat manfaatnya.

Check collection kita.

Keluarkan pinggan mangkuk yang sekadar kita simpan bertahun-tahun, untuk hiasan.

Pakaian, tudung-tudung yang penuh dalam almari.

Koleksi Telekong yang kita sayang, kasut-kasut, periuk belanga, Tupperware yang menggunung tersusun cantik.

Handbag yang berbagai saiz.

Langsir-langsir, perabot-perabot yang masih dalam stor sayang nak buang.

Mana yang dah lama kita tak pakai, jangan di simpan. Keluarkan.

300367492_412211674228415_5033129269989652674_n

Itu ada hisabnya sahabat.

Astaghfirullahal’adzim. 😢

Sedekahkan.

Ia sahabat.

Perlu ada limit untuk start beli barang baru.

Nak beli yang baru, yang lama terus diberikan, disedeqahkan pada yang memerlukan.

Jangan simpan lama-lama tak guna.

Ataupun boleh jual preloved.

Duit kutipan boleh sedekahkan kepada badan-badan amal.

Bukan tak boleh membeli.

Boleh.

Tetapi Jangan Mengumpul Harta.

Kerana kita akan berat saat dihisab nanti.

Na’uzubillahi min zalik. 😢😢😢

Ada suatu kisah.

Ada seorang fakir miskin.

Ada seorang kaya memberitahu, “Kepada sesiapa yang sanggup menjaga kuburku bila aku mati 30 hari 30malam,
akan mendapat harta-hartaku”.

Seorang yang sangat fakir, menyatakan dia setuju. Sanggup dia gali kubur bersebelahan kubur si kaya itu.

Si fakir ada membuat lubang laluan supaya isterinya boleh menghantar bekalan makanan.

Sepanjang malam, dia ditanya dengan malaikat melalui sebatang tongkat yang satu-satunya dia ada.

Dia akan membawanya ke mana sahaja.

Malaikat bertanya perihal tongkat si fakir itu, “Mana dapat tongkat itu? Buat apa dengan tongkat tersebut?
Mana sumber duit beli tongkat itu?”.

Dan macam-macam pertanyaan hanya pada tongkatnya sahaja.

Selepas 30 hari dia dikeluarkan.

Ada seorang memberitahu, “Kamu dah layak dapat harta arwah si kaya ini, kerana kamu berjaya duduk 30 hari bersebelahannnya”.

Dan si fakir itu berkata, “Sesungguhnya aku tidak mahu sedikit pun harta orang kaya tersebut. Sesungguhnya tongkat aku sahaja dihisab begitu lama. Apatah lagi orang yang banyak harta, tak tahu bagaimana hisabnya di dalam kubur, apatah lagi di Mahsyar”. 😢

Si fakir menolak semua yang sepatutnya menjadi miliknya hanya kerana takut dihisab dari sehalus-halus perkara, hingga sebesar-besarnya.

Subhanallah.
Allahu Akbar. 😢

Jom sahabat,

Usaha sama-sama untuk beriman dengan nama Allah Ya HASIB, Allah Yang MAHA Menghisab.

Hitungannya sangat halus.

Cuba kita hitung sendiri.

Di dapur sahaja ada berapa banyak set pinggan kita yang tak berguna.

Tupperware kita yang tersimpan rapi, periuk berset-set.

Tudung 30 color patern lama, masih tak keluar lagi yang lama, dah masuk lagi koleksi baru.

Makeup kita berkotak kotak, pakaian kita yang beralmari-almari, pakaian dinner yang sekali sahaja guna tapi kita simpan bertahun-tahun.

Sayang nak bagi orang.

300460119_412211710895078_5197162378245339736_n

“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Barang siapa menghisab, mengira dirinya saat dia di dunia, maka ringanlah saat dihisab di akhirat kelak.” 😢😢😢

Ya Allah Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab, ampunkanlah kami, kami tak tahu.

Sahabat,

Sedekah kita yang bermanfaat adalah ketika kita hidup. Dan ketika kita sedang sihat.

Duit dalam bank bukan duit kita.

Duit yang kita infaq adalah duit kekal kita di sana.

Contoh, kita beri kain batik arwah mak pada orang, “Kita syukur, dapat pahala mak, bila orang guna”.

Tidak.

Bila mak sudah mati, harta itu bukan mak punya. Sudah terputus.

Itu tidak dikira sedekahnya.

Allahu Akbar 😢

Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat.

Yang hanya jadi simpanan atau koleksi-koleksi yang tak dipakai kelak akan di hisab. Yang akan menyusahkan diri kita sendiri!

Baju yang dah tak elok jangan beri.

Bagi yang masih elok.

Dah keluarkan collection-collection lama, baru boleh plan limit nak beli yang lain.

Kerana setiap yang kita simpan tak guna bertahun-tahun itu juga akan dihisab setegas-tegasnya. 😭😭😭

Moga Allah ampunkan kita semua kerana tak tahu dan perbaiki kekurangan lalu. 😢🤲

Saya yang banyak kurang,

BACA: Serah Semua Harta Arwah Anak Kepada Menantu, Kisah Pasangan Suami Isteri Ini Kembali Tular

Tuah’ainil Sufi