Ex-Girlfriend Suami

‘Ex-Girlfriend’ Suami Masih Berhubung Melalui WhatsApp Atas Urusan Rasmi, Boleh Percaya Ke?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kadang-kadang si isteri pasti risau juga dibuatnya sekiranya mendapat tahu suaminya masih lagi berhubung dan berbalas mesej melalui WhatsApp dengan bekas kekasihnya walaupun sekadar untuk urusan rasmi.

Lebih risau kalau anak sendiri pun tahu dan kadang-kadang ikut ‘join’ sekali untuk berjumpa dengan ‘ex-girlfriend’ bapanya itu tanpa pengetahuan ibunya.

Fuh! Mesti ada agenda yang tersembunyi, kan? Saspens pula jadinya.

Dugaan ini ditempuhi oleh Nazwani Joehan dari Mak Cik Cleaning Expert yang diceritakannya melalui hantaran di Facebooknya berikut. Apa kesudahannya? Boleh percaya ke ‘ex-girlfriend’ suaminya ni? Jom baca.

Ex-Girlfriend Suami

(INI ADALAH POSTING AMARAN, PENGAJARAN, DAN AMAT PANJANG. SEDIAKAN TEH DAN BISKUT)

JUGA BUKAN POSTING MEMALUKAN SUAMI MAHUPUN SESIAPA

INI ADALAH LUAHAN PERASAAN. TAK SETUJU DENGAN POSTING INI, AKU TAK PEDULI.

Berhati-hati dengan Ex-.

Kisahnya, anak perempuan aku bagitau dia ada terserempak dengan ex-gf suami aku dari zaman lampau. Dia bertukar phone number dan berbalas WhatsApp. Depa dua ada hubungan baik. Aku okey saja. Lagipun ex-gf dah ada suami. Dan suami aku ada kami.

Memang suami aku ada berhubung dengan ex-gf berkaitan urusan rasmi yang masih tak settle bertahun. Tapi atas urusan rasmi.

Mengenali suami aku yang sejenis peramah dan melayan, memang ada berbalas WhatsApp tapi sekadar reply status dan perkara yang tak penting. Pada aku, malas nak ambil pusing. Cukup dia tahu batas dia isteri orang dan suami aku jelas yang dia suami aku dan aku garang.

Btw, ex-gf ada access untuk hubungi aku dan kami pernah berurusan bagi pihak suami sehinggalah aku busy uruskan MCE dan lepas tu suami uruskan sendiri.

Ex-gf dan aku lebih kurang sama. Berkahwin dah lama tapi belum dikurniakan anak. Cuma aku, Allah beri rezeki dapat AA dan bonus aku dapat 2 orang anak tiri yang dah remaja.

Dia pernah WhatsApp aku ya, bertanyakan tentang AA. Aku jawab tanpa prejudis. Pada aku, tak ada apa yang nak digaduhkan dengan dia. Dia tak ada cubaan merampas suami aku mahupun mengganggu gugat rumahtangga kami. Cuma aku sentiasa berhati-hati sebab dia ada sejarah dengan ex-wife (yang tahu, tahulah) bukan sejarah yang baik.

Long short story, anak perempuan aku buka cerita yang dia pergi makan dengan ex-gf sekali dengan babah dia. Oh jeng!

Jantung aku terus berdegup laju macam baru habis berlari pecut, telinga rasa panas. Tapi macam biasa, aku berlagak cool. Aku memang terer bab ni. “Mami, haritu kami jumpa aunti .” Anak aku, 18 tahun. “Mula-mula terserempak. Kali kedua tak tahulah. Macam dah janji nak jumpa.” Gituh. Tahu tak betapa menyirapnya aku?!

Aku masih berlagak cool. Aku tak tanya banyak, tapi anak aku spill the tea. Haha.

Alasan beriya nak jumpa suami aku sebab nak tanya pasal AA, dia dok tanya pasal Waqi. Tapaham aku, nak tanya pasal Waqi kenapa tak tanya aku? Number aku pun ada dan sebelum ni pernah tanya juga.  Dan aku balas. (RUJUK GAMBAR 1)

Ex-Girlfriend Suami

Tetiba memesong cerita masalah rumahtangga dia. Hah! Ini point yang hangpa semua kena hati-hati bila isteri/suami orang mula cerita masalah rumahtangga dia pada kawan bukan sejenis. Pasangan ada scandal, itu dan ini.

Ini yang paling ditakutkan. Mula dengan sikit-sikit, tetiba meleret-leret nak meluah perasaan. Aku persiapkan machinegun dan tuju ke suami dulu. Habis peluru aku whatsapp ex-gf pula. (RUJUK GAMBAR 3) Masa ni aku sedih dan marah.

Ex-Girlfriend Suami

Ex-Girlfriend Suami

Aku nasihatkan dia, tak payah luahkan segala masalah pada suami aku. Tak manis, lagi dilarang dalam Islam. Pergilah cari kaunselor atau kawan sesama perempuan. Nak bertanya pasal AA, tanya aku. Aku yang uruskan semua. Jangan buat alasan untuk berhubung dengan ex-bf atas dasar nak tanya soalan. Yih!!

Ex-gf adalah seorang yang berpelajaran tinggi. Kerja juga dijawatan yang bagus sekali. Cuma mungkin common sense dia kurang. Tak kata dia, suami aku pun sama. Lepas aku bagi sepatah dua kata, berderet-deret noti masuk, minta maaf dan penjelasan kenapa berjumpa dan kenapa tak beritahu aku. Alasan menjaga hati aku dan takut aku marah. Tahu aku memang garang kan!

Sebagai isteri, dalam masa macam ni, adakala kita hilang waras untuk seminit dua. Tapi kita akan kembali rational. Rasa marah, kecewa, sedih. Rasa dikhianati. Sebab aku dah warning awal awal dulu. “Cukup sekadar urusan rasmi. Dia bukan ex-wife u. Tak ada apa yang penting dengan dia.” Jelas.

Benda memang nampak kecil. Tapi impaknya besar dalam hubungan suami isteri. Hilang percaya adalah satu kehilangan paling besar ya kawan-kawan. Hang menipu, hang sorokkan something, hang selindung, bila kantoi, naaahhhh….

Katanya dia berjumpa atas dasar kawan, berjumpa pun waktu break untuk ke next job dan ada anak bersama. Yang salahnya adalah tak sepatutnya dia setuju untuk berjumpa. Ya!

Sebagai isteri, aku minta ex-gf untuk putuskan terus segala hubungan dengan suami dan ahli keluarga aku. Ini sudah lebih la kan. Dari urusan rasmi, luahan perasaan sikit-sikit kemudian ajak jumpa dan meleret pulak. Amende!

Kalau pun nak bertanya khabar, ya silakan. Semua ahli keluarga ipar ada Facebook. Pergi add, PM, WhatsApp. Tapi jangan ganggu suami dan anak aku. Kau takde urusan kat sini.

Hubungan aku dan suami baik-baik saja. Alhamdulillah.

Aku garang. Tapi aku rasional. Hang buat salah, hang mengaku kebodohan sendiri dan belajar untuk tak ulang kesilapan yang sama. Pengajaran ini untuk aku juga. Ini ujian untuk kami.

Berhati-hati kalau nak bercerita masalah rumahtangga. Especially pada kaum yg berlainan jantina. Ada yang jujur ikhlas tapi yang menggatal miang pun ramai juga. Sebaiknya elakkanlah. Lagi-lagi kita tu ex- saja. Bertahun tak jumpa. Tiba-tiba nak buka cerit rumahtangga. Aneh betul.

Yang mana perempuan yang masih mencari, tak payahlah ngorat suami aku. Dia tak kaya raya macam DAS. Duit dia banyak habis ke isteri dia ni, yang high maintenance, anak bongsu yang hari-hari nak toys, hari-hari kena singgah Speedmart beli ice cream. Hidup dia pun busy, dia takkan ada masa nak melayan dua isteri sebab banyak masa dia melayan bobot saja.

Kalau suami aku ada melayan hang bagi ayat manis-manis, meh sini report kat aku.

Sekian.

BACA: Pasangan Yang Dah Ada Segalanya Pun Masih Berlaku Penceraian, Kenapa Jadi Begini?

Sumber: Facebook Nazwani Joehan