Trauma Sekolah Asrama

Kisah Trauma Seorang Bekas Pelajar Sekolah Asrama Untuk Dijadikan Pertimbangan Para Ibu Bapa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak semua orang sesuai bersekolah asrama.

Hakikat ini perlu disedari oleh ibu bapa yang sering menganggap bahawa sekolah asrama adalah satu-satunya tempat yang paling bagus dan sesuai untuk anak mereka mencipta kejayaan dalam bidang akademik.

Walaupun andaian ini mungkin tidak salah, namun perlu diingatkan, jika anak mereka tidak sesuai atau tidak serasi dengan kehidupan di sekolah asrama, ini akan meninggalkan kesan trauma seterusnya akan memberi kesan kepada pembelajaran dan kesihatan mental mereka dalam jangka masa panjang.

Firasysafra Din dari Firaswrites Copywriting telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi memberikan sedikit gambaran sebenar kehidupan di sekolah asrama yang wajar dijadikan pertimbangan oleh semua ibu bapa sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak mereka.

Trauma Sekolah Asrama

Bersekolah asrama tak sama macam sekolah harian biasa. Berlipat kali ganda intense.

Tak semua anak mampu nak hadap. Kalaupun berjaya habiskan, trauma kat dalam diri takde sape tahu.

Banyak nak kena adapt.

🌀Adapt dengan jadual yang padat.

Pukul 8-1 persekolahan macam biasa. Balik dari kelas, berkejar untuk solat, mandi, gosok baju, makan dan kemudian prep.

Prep pukul 2.30 sampai 4.30 macamtu. Petang waktu riadah. Riadah untukku = Tidur. Kadang-kadang 1 dorm tidur. Warden sampai mengamuk, halau suruh pergi riadah.

So, ‘riadahlah’ tepi longkap kat padang. 🤣

Petang biasanya masa untuk prep diri, basuh/gosok baju. Settle basuh baju, mandi, makan malam, kemudian bergerak ke surau, solat maghrib.

Lepas maghrib terus prep. Ya, prep lagi sampai pukul 10. Pukul 12 dah wajib light off.

Semua dipaksa. Paksa belajar, paksa main, paksa tidur. 🤣

Roll call pulak manjang. Weekend roll call. Kat surau roll call. Ada kes, roll call.

Ni semua benda yang mencuri masa dan exhausted. Kalau sekolah harian, seminggu sekali je ada perhimpunan.

Masa minggu orientasi, aku heran. Apebenda ni rokok-rokok. 🤣

🌀Adapt dengan kawan dan classmate.

Classmate saya yang perempuan semua OK. Yang lelaki? Sampai ke office cikgu jadi isu. Perangai setan sorang-sorang. Sebab apa? Sebab boleh buat geng. Kenal dari sekolah dulu lagi.

Ni benda yang aku rasa sistem kena baiki. Berpuluh MRSM seluruh negara, kenapalah dicampak students dari sekolah yang sama.

🌀Adapt nak jaga diri sendiri.

Yes. Paling struggle dan penat bila kena basuh baju sendiri. Bunyi je ada dobi tapi rotate. Tak silap seminggu 2 kali je rasanya. Sekali basuh pun limit sorang berapa helai je. So kalau dah lebih kuantiti cemana? Kenalah berus sendiri.

🌀Adapt dengan peer pressure.

Semua budak pandai-pandai. Ada yang gifted. Tidur dalam kelas pun Add Math dapat 90. 🤣 Saya ni siap kena masuk kelas pemulihan. HAHAHA. Pressure lagi.

🌀Adapt dengan peraturan warden yang tak masuk akal. Nak mendidik, janganlah sampai berbekas benci dalam hati anak didik.

Itu je lah nak cakap. Malas nak ingat macam-macam benda waktu dulu. Hidup dengan rasa takut, rasa berdebar kat sekolah walaupun tak buat salah.

🌀It was hard.

Sekarang saya bolehlah flashback balik suka-suka. Sebab dah matang. Dah pandai self-regulate emosi sendiri. Tapi masa umur saya 16 dulu? Saya trauma.

My life at that time was a cycle of tiredness and frustration.

Mak ayah, kalau anak minta nak keluar dari asrama. Please facilitate and consider. Don’t judge and be a dictator. Cita-cita mak ayah yang tak tercapai, bukan tugas anak-anak untuk merealisasikannya.

Let go of your unfulfilled ambition. Dont imposed it on your child.

When I was 17, I see myself as a failure. Saya tak reti nak mencari dan meminta tolong. It was a struggle. Malam-malam nak study, end up tertido sampai pagi. Bangun pagi, masuk toilet, saya nangis. Nangis sebab tertido dan tak sempat nak buat revision. Keluar toilet, fake the life that I was forced to live.

Sampai waktu exam. Dah malas nak fikir. Lantak jadi apa. So, mendapatlah kau 5A 4B 1C.

Itulah ceritanya.

On a serious note.

Boarding school is not for everyone nor it is the only place to achieve academic success.

Boarding school for me is a traumatic experience.

BACA: Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda

Sumber: Facebook Firasysafra Din