KKM Doktor Kontrak

Hanya 4,053 Ditawarkan Lantikan Tetap KKM, Ini Nasihat Buat Mereka Yang Kurang Bernasib Baik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa hari yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan 4,053 jawatan tetap bagi pegawai perubatan, farmasi dan pergigian kontrak untuk tahun ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berkata sebanyak 8,672 permohonan awal telah diterima manakala yang hadir temuduga pula ialah sebanyak 8,052 calon.

Pastinya mereka yang kurang bernasib kerana tidak berjaya terpilih berasa agak kecewa dan sedih ketika ini mengenangkan masa hadapan yang tidak pasti sekiranya kontrak bakal ditamatkan nanti.

Dr Faiz Mashood, seorang doktor yang pernah berkhidmat dengan KKM telah menitipkan kata-kata nasihat berikut di Facebooknya kepada para doktor kontrak yang masih tercari-cari arah tujuan selepas ini.

KKM Doktor Kontrak

Semalam dah keluar result tetap/kontrak untuk doktor-doktor seluruh malaysia.

50% dapat offer tetap, baki 50% lagi akan ditamatkan kontrak selepas total 7 tahun kerja.

Aku tengok yang lagi kesian bila ada yang dah spend ribu-ribu amik exam, attend course, buat poster/research bagai tapi tak dapat offer tetap jugak. Tak tau apa criteria pemilihan sebenar.

Apa-apa pun tahniah untuk semua, batch kontrak ni rasa nye mostly dah buat terbaik.

Ada yang terlalu happy, ada jugak yang terlalu sedih. Takpe. Normal tu, sebab manusia semua ada emosi.

Once emosi dah stable sikit, ok its time. Its time to set our aim. Mostly batch kontrak ni dah masuk 3 series. Takde masa dah kita nak melayan emosi mendayu-dayu. Ni bukan masa nak main-main. Kita ada mulut nak disuap.

Cakap kat diri kita macam ni:

“KKM tak nak aku? Takpe, KKM yang rugi. Kemahiran aku ni banyak tempat lain yang cari.”

Rezeki kita bukan bergantung pada KKM. Rezeki kita Allah yang bagi. Allah dah tulis kan perjalanan rezeki kita. Yang penting kita usaha.

πŸ§‘β€βš•οΈNak sambung belajar? Ada jalan nye.

πŸ§‘β€βš•οΈNak gaji besar? Ada jalan nye.

πŸ§‘β€βš•οΈNak migrate oversea? Ada jalan nye.

πŸ§‘β€βš•οΈNak tukar bidang? Pun boleh. Rezeki takkan pernah salah alamat.

βœ… University hospital

βœ… Private hospital

βœ… GP as resident

βœ… GP as owner

βœ… Aesthetician

βœ… Medical advisor for drug company

βœ… Ireland/Singapore/UK/Australia

Dan banyak lagi.

Decision untuk quit tu memang tak senang. Tapi bak kata omputih, grass is greener on the other side. Dunia luar KKM lagi adventure and lagi best. Banyak lagi option.

Cuma tu lah, kita ni dah dimomokkan dari kecik kerja gov stable la masa depan cerah etc etc. Jangan risau. Yang bagi masa depan kita cerah siapa? Sila jawab dalam hati.

Alhamdulillah aku dan wife dua-dua dah quit KKM. Aku dah almost 3 years quit. Wife aku dah 1 year.

Kenapa aku quit awal? Sebab aku tak suka uncertainty. Apa-apa yang merencatkan aim aku, aku akan buang. Waktu awal-awal dulu KKM tak bagi guide untuk contract doctor. Terumbang ambing semua sampai bertahun-tahun. Aku tak suka mengharap atau tepuk sebelah tangan. And satu lagi adalah aku tak nak kena campak placement. Aku tak nak jauh dengan anak-anak aku. Hence aku decide, buang KKM dari hidup aku.

So apa rasa nye dah lama keluar dari KKM?

Life is way more better. Tak payah risau kena campak. Ni paling best. And tak payah risau gaji/kenaikan pangkat.

Kerjaya ni tetap mulia walaupun praktis luar KKM.

All the best semua πŸ§‘β€βš•οΈπŸ‘ͺπŸ’ͺ

Faiz Mashood
Ex-KKM doctor

BACA: Gaji Macam Doktor Pakar, Ramai Jururawat Di Johor Berhijrah Ke Singapura

Sumber: Facebook Faiz Mashood