Sudut Mainan Masjid

Ruangan Khas Sudut Mainan Kanak-Kanak Wajar Diadakan Di Setiap Masjid

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil ke masjid sudah tentu lebih gembira sekiranya dapat mengerjakan ibadat dengan tenang dan tanpa gangguan.

Pentingnya pendedahan dan pendekatan sedemikian bagi menanam minat anak-anak kecil ini di peringkat awal agar mereka lebih gemar mengunjungi dan mengimarahkan lagi masjid apabila meningkat dewasa kelak.

Oleh itu, ruangan khas yang boleh dijadikan sebagai sudut mainan untuk anak-anak kecil dan aktiviti-aktiviti untuk golongan muda amatlah wajar diadakan di setiap masjid di Malaysia.

Ustaz Mohammad Yaakub Yusra dari Murtadha Dakwah Centre (MADAD) telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi memberi sedikit gambaran bagaimana perkara seumpama ini dapat dilaksanakan.

Sudut Mainan Masjid

SUDUT MAINAN ANAK-ANAK DI MASJID

Seronok kan kalau setiap masjid disediakan ruangan khas buat anak-anak kecil, dalam masa yang sama buat kempen anak-anak buat kerja sekolah di masjid?

Mak ayah boleh attend pengajian dan MeTime di masjid antara Maghrib ke Isyak, anak-anak bagi ada “nursery” di masjid.  It’s a good therapy.

Masjid upahlah seorang “pengasuh” untuk bantu tengok anak-anak ni, yang kecik-kecik bagilah depa main, yang bersekolah bantu guide untuk buat kerja sekolah. Tak miskin pun masjid kalau bayar 1 malam (2-3 jam) elaun 20 ringgit untuk pengasuh.

Majlis himpunan parti boleh ja upah RELA dan 12 ribu orang sukarelawan bagai, kenapa takut nak buat di masjid kan? Last-last lompat parti jugak 😅

Kita nampak mungkin macam tak dak apa, tapi pada emosi dan nilai agama pada anak-anak kecil sangatlah besar. Mana mungkin mereka cintakan masjid surau jika tidak diikat dari umur kecil.

Ni antara aktiviti yang akan diusahakan jika tidak ada program malam, ajak anak-anak buat tour cari masjid yang ranciak-ranciak 😂😂

Doakan ya. Siap masjid MADAD Ramadhan nanti antara benda yang akan saya wajib wujudkan adalah ruangan khas Nursery kanak-kanak siap pengasuh. Mak pak sembahyang dengan tenang, anak-anak biaq main kat belakang. 🥰

p/s: Tak payah la marah bila anak-anak kecik ni bermain dalam masjid sebab fitrah depa suka main, yang perlu dimarah dah tua-tua pun tak reti mai masjid. 😅

BACA: Nak Main PS4 Pun Boleh, Masjid Di Amerika Syarikat Ini Sediakan Aktiviti Menarik Untuk Golongan Anak Muda

Sumber: Facebook Mohammad Yaakub Yusra