Kutuk Hina Negara

Kenapa Orang Malaysia Suka Sangat Kutuk Dan Hina Negara Sendiri?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di media sosial hari ini, kita sering terjumpa hantaran-hantaran yang dimuat naik dengan maksud untuk merendah-rendahkan, mengutuk dan menghina negara sendiri.

Ramai yang seolah-olah tidak tahu bersyukur dan menyedari betapa indahnya kehidupan di tanah air Malaysia jika hendak dibandingkan dengan negara lain.

Tanggapan ini mungkin berubah selepas seseorang itu diberi peluang untuk tinggal di luar negara dan merasai sendiri keperitan yang perlu dihadapi.

Sikap negatif rakyat Malaysia ini ditegur oleh seorang pengguna Facebook, RfahHazel Radzran yang kini menetap di Perancis bersama suaminya. Jom ikuti perkongsian menarik yang dibuatnya berikut:

Kutuk Hina Negara

Kenapa ek?

Orang Malaysia ni suka sangat kutuk hina negara sendiri. About almost everything. If ada statement yang bagus about Malaysia, tengoklah ramai yang kutuk and contradict the statement. Have you, ever lived outside Malaysia? By living I meant, being in the working class citizens of other countries? Pay rent, working, living, pay taxes, etc?

This is based on experience akulah, sebab experience orang lain-lain kan. Actually living in another country, earn the average salary macam average kat Malaysia nilah kan. Sewa rumah mahal like 30% of your salary. Okay but you don’t need a car in certain countries, but be prepared bila public transportation dia buat hal. E.g. kat Paris ni, manjang ada strike, pastu travaux (maintenance works) during summer. Sikit-sikit boleh tahanlah. Tapi dah selalu sangat ko pun naik frust kan.

Ok nak makan plak. Nak cari yang halal tak senang. Nak makan sedap-sedap yang halal susah ye. Balik rumah masak sendiri. Pulak tu if makan kat kedai mahal. So ko takkan mampu makan luar hari-hari macam kat Malaysia. Nak makan ikan bakar ke, nasik arob ke, korean fried chicken ke sume memang mampu laa kat Malaysia takde hal punya.

Next, entertainment. Movie kat sini mahal. Dah laa mahal, cinema dia tak best. Popcorn dia tawar walaupun mahal. Ko stressed, so ko nak pi karaoke, mahal teruk weh. Aku tak pernah lagi karok kat sini, so susah nak release stress. Kalau nak me time, pi facial or massage or any spa treatments, kat sini mahal gila. Kat Malaysia tu kurang-kurang sebulan sekali boleh buat takde hal.

Tu tak masuk if ko ada pet. Nak anta grooming pun setahun sekali je laa.. Vet mahal. Ari tu anta Reika sebab tangan dia injured, takde ubat just consultation je dah 45EUR. Fuhh.

Kesimpulannya, living in Malaysia jugak yang heaven. Hari-hari boleh chill kat mapley. Nak karok every weekend takde hal. Boleh pi pantai ke pulau over long weekends. Shopping pun best mall semua besor-besor. Kat sini, hujung bulan dah sempit. Nak makan megi pun tak mampu. Satu pack 5 megi tu dah 10EUR camtu. Nak saving? Boleh if ko memang bangun keje tido. Tak buat apa-apa, just save all your gaji. But that’s not exactly living, isn’t it?

BACA: 6 Sebab Kenapa Malaysia Masih Lagi Jauh Lebih Hebat Dari Indonesia

Sumber: Facebook RfahHazel Radzran