Buli SBP

Contoh Tradisi Budaya Buli Di SBP Yang Ramai Tidak Tahu Dan Tidak Diberitahu Oleh Anak Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sememangnya kes buli yang serius masih kerap dilaporkan berlaku di sekolah-sekolah asrama di Malaysia. Namun, masih ada juga kejadian-kejadian buli ‘ringan’ yang hanya dibiarkan sahaja seolah-olah sudah normal serta menjadi satu tradisi dan budaya di setiap sekolah.

Adalah amat penting bagi seorang pelajar yang ingin menempuhi alam sekolah berasrama untuk memiliki jiwa yang kental serta fizikal dan mental yang kuat demi mengharungi cabaran ini.

Ibu bapa pula perlu memahami tekanan berbeza yang dialami oleh anak masing-masing walaupun anak mereka hanya mendiamkan diri kerana dikhuatiri persekitaran yang tidak sihat ini akan mengganggu pembelajaran serta menganiaya lagi anak mereka tersebut.

Seperti yang dikongsikan oleh Norasidah Mohamad di Facebooknya berikut mengenai pengalaman buli yang dialami oleh anaknya, Aisyah semasa berada di tingkatan satu di sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akhirnya memaksa dia mengambil keputusan untuk menukar sekolah anaknya.

Buli SBP

Aisyah sempat 5 bulan di SBP semasa berada di tingkatan 1. Selepas 5 bulan, baru dia bagitau sering tidak dapat sarapan pagi kerana diminta oleh senior untuk cuci tandas. Jam 5 pagi sudah bangun dan mandi kerana hanya senior dibenarkan bangun dan mandi lewat. Berat Aisyah turun 5kg.

Aisyah suka belajar, waktu malam hanya senior yang dibenarkan stay back. Jadi Aisyah bawa lampu kecil (guna bateri) untuk belajar dalam dorm. Kesannya, mata rabun dan power terus tinggi bila buat cermin mata kali pertama.

Ujian pertama Aisyah di SBP, Math dan Bahasa Jepun Aisyah dapat 100%. Bila ramai rakan yang tahu, bila ada ujian ramai pelajar datang minta dia ajar. Termasuk rakan daripada kelas-kelas lain. Dia okey pada awalnya kerana tahu lebih banyak yang kita ajar pada kawan, lebih kuat pemahaman kita. Tapi sampai dia tiada masa untuk dia belajar sendiri, Aisyah rasa tertekan.

Aisyah sering diganggu pelajar lelaki sekelas yang meminatinya. Dia tidak suka kerana tahu waktu belajar bukan waktu bercinta. Kemuncaknya apabila pelajar lelaki sengaja menebuk gambar Aisyah di dalam kelas di bahagian sensitif dan rakan perempuan yang lain ramai-ramai mentertawakannya dia jadi keliru.

Sebaik sahaja Aisyah maklumkan apa yang berlaku, kami terus buat keputusan keluarkannya daripada asrama dan berpindah ke sekolah harian berhampiran. Jika tidak suka pada suatu persekitaran, berhijrahlah. Usah biarkan diri kita teraniaya.

Saya tanya Aisyah, kenapa lambat bagi tau ummi. Dia kata kesian ummi dan abah dah habis duit banyak. Allah. Sebak mendengarnya. Duit boleh dicari. Persekitaran yang sihat itu lebih baik.

Sebelum keluar, pengetua dan kaunselor sekolah sudah memujuk tapi Aisyah lebih selesa belajar di rumah.

Sumber: Facebook Norasidah Mohamad