starbucks

Kenapa Starbucks Tulis Nama Pelanggan Di Cawan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap kali beli air kopi di Starbucks, pasti baristanya meminta nama kita bukan?

Rupanya terdapat seni pemasaran yang sedang diterapkan oleh Starbucks.

Apakah seni itu? Jom kita ikut perkongsian Mazlan Mohamad di bawah.

starbucks

Kenapa agaknya Starbucks tulis nama pelanggan di cawan kertasnya?

Untuk mudahkan kerja baristanya.

Untuk wujudkan hubungan emosi dengan pelanggan.

Untuk dapat pemasaran percuma.

Ramai pelanggan yang suka kongsi gambar di media sosial cawan kertas Starbucks yang tertulis nama mereka.

Kalau tersalah eja, lagi mereka suka kongsi sebab unik.

Jadi jangan terkejut kalau lepas ini mamak tulis nama kita atas roti canai.

BACA: Pintas Shell Jadi Stesen Minyak No.1 Di Malaysia, Pemuda Ini Dedah Punca Kejayaan Petronas

Sumber: Mazlan Mohamad