sekolah cina

Lelaki Ini Kongsikan Kepayahan Sebenar Bersekolah Di Sekolah Cina

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah tak anda jumpa dengan ibu bapa bangsa Melayu yang menghantar anak mereka ke Sekolah Cina atau pun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Kebanyakan ibu bapa yang berbuat demikian adalah supaya anak mereka mampu menguasai Bahasa Mandarin apabila bersekolah di sana nanti.

Namun, adakah ianya boleh benar berlaku? Mari kita ikuti perkongsian Danial Arif tentang cabaran sebenar ketika bersekolah di Sekolah Cina. Jom kita baca.

Saya sekolah SJKC (Cina) dari Darjah 1-6. Sebenarnya mula dari 5 tahun lagi, saya belajar dekat tadika Cina. 😀

Ini cerita pengalaman sebenar saya, apa kesusahan dan cabaran yang saya lalui masa belajar. 😌

Saya kongsi ni, tujuannya hanya nak kongsi pengalaman. Kalau anda ada anak yang sedang belajar di SJKC, post ini untuk anda.

Kalau anda bercadang nak hantar anak belajar di SJKC, post ini juga untuk anda.

sekolah cina

1. Sekolah Cina ni susah. Sebab Bahasa Cina tu sendiri susah. Tapi, saya berjaya kuasai Bahasa Cina (percakapan) sebelum masuk darjah 1.

2. Saya sendiri tengok ada anak-anak Melayu yang tertinggal dalam pelajaran masa di SJKC. Punca? Sebab tak dapat kuasai Mandarin.

3. Kenapa tak dapat memahami bahasa ini? Sebab tak ada “FOUNDATION”, mereka tak mula dari tadika. Tadika Melayu, tapi darjah 1 tiba-tiba masuk SJKC.

4. Kalau nak hantar anak masuk ke SJKC, sila hantar mereka ke tadika Cina, mula dari umur 5 tahun.

5. Selain percakapan, cabaran kedua adalah membaca. Tulisan Cina ni adalah rumit. Sebab bahasa ni tak ada sistem abjad “ABCD”.

6. Bahasa Cina guna sistem tulis simbol. Setiap perkataan ada “simbol” tersendiri. 们 (pintu) 人 (orang) 头(kepala).

7. Dalam Bahasa Cina ada 50,000 perkataan. Anak anda perlu ingat 2,000-3,000 perkataan kalau nak dapat baca dengan lancar.

8. Result UPSR saya dapat C untuk subjek Bahasa Cina (Pemahaman). Sampai hari ni saya tak pandai baca sangat. Tapi, boleh bercakap dengan lancar.

9. Tak pandai baca ni masalah besar sebenarnya. Sebab semua subjek lain (Matematik & Sains) buku teks dan kertas ujian ditulis dalam Bahasa Cina.

10. Mudah cerita, pandai macam mana pun Sains dan Math, tapi tak pandai baca, memang boleh ke laut lah. 😅

11. Sekolah Cina ni kerja sekolah dia bertimbun. Pengalaman saya, saya pernah tidur pukul 12 malam untuk siapkan kerja sekolah.

12. Bayangkan struggle kerja sekolah banyak, lepas tu banyak perkataan yang saya tak pandai baca?

13. Sesi pembelajaran Sekolah Cina ni biasanya 3 sesi. Maksudnya akan ada 2 kali rehat, balik jam 2.30 macam tu.

14. Maksudnya? Anda kena ada inisiatif untuk ajar anak anda bab agama. Kalau nak expect petang-petang boleh pergi sekolah agama, susah sikit.

Ringkasan belajar di Sekolah Cina

Kalau plan nak anak masuk SJKC, kena mula dengan masuk tadika Cina seawal 5 tahun.

Kalau dah terskip tadika Cina & sekarang ni dah masuk SJKC?

Cuba confront anak anda, tanya dia jujur, dia ada masalah nak faham masa belajar tak?

Kalau dia cakap ya, keputusan terbaik adalah, keluar dari SJKC dan masuk ke SK.

Pengalaman keluarga saya, adik saya pun tak habis, belajar di SJKC sampai darjah 4.

Darjah 5-6 dah masuk SK, ayah saya terpaksa keluarkan dari SJKC, sebab adik saya tertinggal kebelakang dalam pelajaran.

Kalau anak anda sedang belajr di SJKC dan selalu mengadu tak seronok dan susah, percayalah, the truggle IS REAL!

NOTA KAKI:

1. Saya tulis post ni, sebab saya sakit hati sangat dengan satu video ni. Ada seorang IBU ni, dia malukan anak dia dekat video FB/IG reels.

2. Anak dia belajar di SJKC dan anak dia merengek tak nak ke sekolah sebab susah. Si IBU ni pula pergi tuduh anaknya mengada-ngada dan siap rakam video upload masuk reels.

BACA: Pendidikan Di Malaysia: Di Sebalik Minda Majoriti Kaum Cina

Sumber: Danial Arif