kontraktor

Kontraktor Diajar Teknik Sebutharga Tiruan, Industri Pembinaan Dilihat Penuh Memualkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penawaran sebutharga sering dilakukan oleh pihak kerajaan sekiranya ingin membuka tender secara terbuka. Peluang tender ini akan cuba direbut oleh pelbagai pihak bagi memastikan syarikatnya sentiasa mampu berdaya saing dan kekal dalam pasaran.

Namun, terdapat sisi gelap dalam perihal perebutan tender ini. Ini yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Mahanom Mohammad. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Termenung sekejap bila ada newbie kontraktor bercerita bagaimana ia diajar teknik bersaing dalam pasaran.

Antara tekniknya adalah menghantar 2-3 dummy quotation.

Ada juga diajar untuk daftar 2-3 lesen CIDB, untuk lesen lesen ini dijadikan dummy.

Ada yang siap diajar untuk jadi kartel junior, mengumpul 10-20 lesen untuk mengepung harga.

Ada terlebih yakin mengajar kontraktor generasi baharu ini, cara cara menyewakan lesen mereka untuk digunakan oleh kontraktor lain sebagai dummy atau sebahagian dari kartel.

Dapat projek, kalau tak tak tahu buat usah risau, total subkan sahaja.

Kemudian diajarnya untuk dapatkan projek kena pandai melobi dan merasuah.

Untuk dapatkan apa jua kelulusan dari majlis, pejabat tanah, agensi dan jabatan kerajaan, consultant atau supervisor kena hulur sini sana.

Mahu lancarkan proses bayaran kena ada duit pelincir.

Ya, saya termenung panjang.

Ke manakah arah industri ini apabila generasi baharu terus diajar menggunakan teknik ini sebagai ‘short cut’ untuk berjaya.

kontraktor

Ini bukan strategi berniaga untuk berjaya.

Ini ajaran sesat yang melahirkan kontraktor kurang daya saing dan daya kreatif dalam pasaran.

Akhirnya kualiti kerja bukan lagi fokus utama asal projek dapat dimiliki. Walau dengan teknik yang memualkan.

Penat macam ni.

Sejak 2017 saya cuba sedaya upaya melahirkan pelapis industri yang boleh dibanggakan dalam agama dan bangsa.

Dan sudah ramai yang berjaya mendapat kontrak menggunakan teknik yang saya kongsikan bersama mereka.

Tetapi ada lagi kumpulan yang sedaya upaya menyesatkan kontraktor dan menghentikan kreativiti mereka.

Kononnya teknik-teknik ini adalah untuk membantu kontraktor generasi baharu ini berjaya dalam karier mereka.

Penat.

Memang penat macam ni.

Seolah usaha membawa kontraktor baharu berada di trek yang benar, menjadi satu usaha yang sia-sia sahaja.

BACA: ‘Seni’ Sambung Atap Guna Pita Kontraktor Ini Buat Netizen Terkedu

Mahanom Mohammad