Sifu Bisnes

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang sifu bisnes terkemuka yang bertaraf jutawan dan mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang pengguna Facebook gara-gara gagal mengawal emosi ketika menjawab soalan.

Dalam satu siaran secara langsung di media sosialnya, dia telah ditanya dengan soalan — apakah bisnes yang telah terbukti berjaya dibuat olehnya selain dari mengadakan kursus mengajar bisnes untuk orang lain.

Tidak semena-mena, soalan itu membuatkannya seolah-olah melenting dan membalas kembali dengan persoalan yang membawa maksud seperti –‘kau bisnes apa?’, ‘kau dah berjaya ke?’, ‘kau ada ajar usahawan?’ yang diaju kembali kepada si penyoal tersebut.

Sifu Bisnes

Melalui akaun Facebooknya, Fdaus Ahmad kemudiannya telah membuat satu hantaran yang menegur tindakan sifu bisnes ini yang disifatkannya sebagai ‘tidak cerdik’.

Menurut hantarannya tersebut, dia menjelaskan bahawa soalan tersebut adalah soalan yang baik dan ia sepatutnya dijawab dengan tenang dan rileks.

Ujarnya lagi, sifu bisnes tersebut sepatutnya tidak melenting dan bersifat ‘kerek’ dengan menyindir dan memberi respon seperti ‘soalan bodoh’ dalam siaran langsung yang ditonton oleh ribuan pengikutnya.

Seolah-olah ingin ‘menyekolahkan’ lagi sifu bisnes ini, dia turut memberikan 2 set jawapan yang boleh digunakan sekiranya dia berada di tempat yang sama:

Pertama:

“Alaaa saya tak ada buat apa-apa bisnes pun awak…saya pandai guna air liur advise bisnes orang jeee. Tapi syukur laa ramai orang bisnes terima nasihat dan guidance saya dan mereka berjaya”

Kedua:

“Bagus soalan awak ni. Ok macam ni, saya memang tak ada real bisnes sendiri. Saya ni ibarat pensyarah di bidang kejuruteraan. Kerja saya siang malam hanyalah memberi syarahan kepada pelajar yang nak jadi jurutera. Saya bukan jurutera pun kan? Tapi ilmu yang saya bagi kepada student tu nanti akan menyediakan mereka menjadi jurutera yang hebat berbakti kepada masyarakat. Begitulah analoginya, get it?”

Menurutnya Fdaus Ahmad lagi, “Ni namanya art of diversion. Answering but not answering. Kemahiran berkomunikasi 101. Menjawab dengan amarah, panas hati, triggered menunjukkan emotional kita tak strong dan kita mudah masuk perangkap. Mungkin si penyoal memang nak uji sama ada kau triggered atau kau act cool bila dapat soalan soalan mencabar.”

Sifu bisnes tersebut turut digalakkan untuk mengikuti kelas “Bagaimana Ingin Menjadi Pengurus Emosi Yang Berjaya?” demi menjaga air muka dan reputasinya ketika berhadapan pressure audience di masa akan datang.

Mengakhiri hantarannya tersebut, Fdaus Ahmad berseloroh dengan menulis:

“Ok kelas Pengurusan Emosi ni rasanya aku boleh buat.

3 sesi RM999

early bird registration dapat 50% off, RM499 saja.

Jap nak setting onpay.”

Sumber: Facebook Fdaus Ahmad, TikTok @farqhan.com