
‘B***h’, ‘S**l’, ‘B**i*’ – Beginikah Cara Anak-Anak Muda Sekarang Bercakap?
Agak meresahkan mendengar percakapan dan gurauan generasi muda zaman sekarang yang sering kali diselitkan dengan perkataan-perkataan yang agak biadab dan kesat.
Seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan tidak ada sedikit pun rasa bersalah, setiap tutur kata kebanyakan budak sekolah dan golongan remaja pada hari ini sengaja diselang-selikan dengan perkataan seperti b***h, s**l, b**i, g**a, b****k, a****g dan sebagainya.
Ija Syariza yang juga merupakan seorang ibu telah membuat satu hantaran di Facebooknya mengenai isu yang dilihatnya sebagai semakin membimbangkan ini.
Beberapa orang netizen yang prihatin dengan masalah ini turut menyatakan pandangan mereka di ruangan komen.
Semalam tertengok video pesanan artis muzik alternatif kepada calon pelajar SPM.
Wartawan: Apa pesanan xxx kepada calon SPM tahun ni..
Artis: Pergi m****s dengan kau punya SPM. Lambat lagi jawabnya. Solat jangan tinggal. Belajarlah b****k! (jawab dengan senyum dan gelak)
Baca komen, rata-rata jawapan artis tu dianggap normal dan peramah…
Aku jadi hairan. Zaman aku dulu bahasa seperti itu, kurang sopan.
Aku tanya Zahin..
Memang macam ni ke cara korang berkomunikasi, Zahin cakap lebih kurang gitulah kalau dengan kawan-kawan yang baik.
Cuba memahami bahasa anak-anak remaja zaman sekarang. Jadi seram..
Mungkin suatu hari nanti perkataan m****s dan b****k dianggap mesra.
Esok lusa dim****s dan dib****kkan mak ayah dan cikgu-cikgu dia pulak. Tak boleh hadam..
——
Antara komen-komen netizen:
“Memang betul Kak Ija, bahasa budak-budak sekarang memang minta kena cili mulut tu. Cakap dah tak ada adab..s**l, b**i, maki-maki semua tu memang lekat di bibir.” – Ashqien Manap
“Anak murid saya selamba cakap macam ni dengan kawan dia orang depan saya…bagi mereka tiada salahnya..sedih kan” – Foziana Jamaludin
“Masa kecik dulu sebut b**i, g**a, binatang kat member dengan adik-beradik, memang kena cili mulut la..mendapat” – Mohd Zakiri M Marzuki
“Ada wanita muda, bergaya mekap cantik lawa. Sekali buka mulut ‘g**a, m****s, b***h, b*****g’ keluar dari mulut dia. Terkejut saya. Saya nak sebut di mulut rasa terkunci sebab mak ayah ajar jangan cakap kesat. Zaman sekarang carut, maki hamun macam tak bersalah walau sekelumit.” – Salina Ahmad
“Beberapa kali saya tertengok live di Astro, pelawak-pelawak membahan kawan-kawannya dengan perkataan kasar, kemudian penonton pun ketawa beramai-ramai… itulah yang jadi budaya sekarang” – Mohd Amin Rostam
BACA: Tak Perlu Sambung Belajar, Buat Konten TikTok Pun Boleh Kaya-Raya? Ini Nasihat Untuk Adik-Adik
Sumber: Facebook Ija Syariza
Trending now



