Fashion Dream

Fashion Dream – Kembara Fesyen Penuh Glamor Dari Level Infinite Kini Boleh Dimuat Turun Di iOS & Android

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mungkin ianya hanyalah imaginasi

Mungkin juga ianya satu realiti

Pertunjukan fesyen kini telah bermula

Apakah kebenaran di sebaliknya?

Mulakan pengembaraan fesyen anda dan terokai dunia fesyen penuh glamor bersama rakan-rakan dalam Fashion Dream yang dibawakan oleh Level Infinite.

Bermula 4 Ogos 2022, Fashion Dream tersedia untuk dimuat turun untuk pemain dan pereka fesyen di seluruh dunia melalui peranti iOS dan Android masing-masing.

Kini anda boleh berseronok dan bergaya tanpa had dalam kemungkinan tiada batasan yang menanti anda dalam Fashion Dream.

Dalam dunia di mana Fashion, Fantasy dan Friends berkumpul, setiap orang dijemput untuk menerokai pengembaraan makeover yang mencabar di mana impian fesyen pemain akan bertembung.

Fashion Dream menampilkan lebih daripada 10,000 pilihan pakaian untuk dipilih! Pemain boleh mencipta penampilan unik mereka sebagai bidadari, kerabat diraja ataupun seorang polis wanita.

Dalam pelbagai peraduan pentas peragaan, pemain boleh bersaing dengan pemain lain untuk menjadi peneraju terkemuka dalam industri fesyen.

Menampilkan semua pilihan fesyen dengan saiz permainan hanya 200M menjadikan permainan ini mudah diakses dan serasi dengan hampir semua jenis telefon mudah alih.

Bersama dengan rakan-rakan, pemain boleh menerokai resort yang indah untuk menikmati aktiviti memancing, permainan mini dan mengambil gambar bersempena pertunjukan fesyen tersebut.

Terdapat juga banyak watak lain untuk ditemui dan kisah misteri untuk didedahkan, termasuk kisah percintaan yang membuatkan pemain sentiasa teruja.

Bersempena dengan pelancaran permainan ini, Fashion Dream akan memulakan acara pelancaran global untuk meraikan fesyen yang gemilang selama seminggu!

Musim pertama Dress Up Arena akan bermula, di mana pemain boleh bersaing dan menonjolkan gaya mereka untuk menjadi ratu paling popular dalam dunia fesyen.

Kejohanan Fesyen juga tersedia bagi pemain untuk memperagakan barangan mereka dan mempamerkan kemahiran padanan mereka yang luar biasa.

Setiap pemain yang menyertai acara pelayan baharu berpeluang untuk memenangi sejumlah 100 cabutan percuma, dan yang menjemput rakan untuk menyertai keseronokan juga akan diberi ganjaran pakaian dan mata wang bernilai AS$10.

Bagi mereka yang sentiasa inginkan pengembaraan makeover dan menjadi bintang terkenal, Fashion Dream memberikan akses mudah bagi sesiapa saja yang ingin merealisasikan visi fesyen di luar imaginasi mereka.

Untuk maklumat lanjut, pastikan anda mengikuti laman web rasmi Fashion Dream, atau pada platform media sosial yang berkaitan di Facebook, Instagram, Twitter dan Discord.

Fashion Dream dibangunkan oleh Level Infinite, jenama permainan global yang berdedikasi untuk menyampaikan pengalaman hiburan interaktif yang berkualiti tinggi dan menarik kepada khalayak di seluruh dunia, tidak kira di mana atau bagaimana mereka memilih untuk bermain.

Level Infinite beroperasi dari pangkalan di Amsterdam dan Singapura dengan kakitangan di seluruh dunia. Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang Level Infinite, lawati www.levelinfinite.com, Twitter, Facebook, Instagram, dan YouTube.

Fashion Dream