Tanggungjawab Influencer

Tanggungjawab Besar Yang Perlu Dipikul Oleh Seorang ‘Influencer’ Untuk ‘Follower’nya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pempengaruh atau ‘influencer’ seharusnya turut sedar mengenai tanggungjawab mereka yang sebenar terhadap kumpulan ‘follower’ atau pengikut mereka.

Peranan seorang pempengaruh juga perlulah dilihat bukan sekadar memiliki tarikan glamor untuk dijadikan pelaris produk semata-mata namun mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dari itu.

Nasihat ini dititipkan oleh Ustaz Ahmad Saifuddin Yusof yang mengajak para ‘influencer’ agar menyedari tanggungjawab sebenar mereka yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk pimpinan dan tunjuk ajar.

Hantaran yang dibuat di laman Facebooknya ini diharap dapat dijadikan sebagai peringatan bersama kepada semua ‘influencer’ dan ‘follower’ media sosial di luar sana.

1 Tanggungjawab Influencer

Muhasabah Untuk Influencer yang Memimpin Follower

Sebagai influencer kita menjadi pemimpin kepada follower kita. Mengapa mereka follow kita? Mereka rasa kita mampu memberi inspirasi dan tunjuk ajar yang elok untuk mereka guna dan amal dalam hidup mereka.

Justeru, kita bertanggungjawab di dunia supaya menunjuk jalan yang betul di dunia supaya dan menjauhi azab di Akhirat.

Apabila kita salah, kita beritahu kepada follower kita bahawa kita telah tersilap dan meminta follower membetulkannya dengan cara yang sebenar. Menutup akaun atau deactivate FB bukan cara untuk mengelak daripada mengaku salah.

Baca betul-betul ayat ini dan tadabbur sungguh-sungguh ayat ini.

يَوۡمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمۡ فِي ٱلنَّارِ يَقُولُونَ يَٰلَيۡتَنَآ أَطَعۡنَا ٱللَّهَ وَأَطَعۡنَا ٱلرَّسُولَا۠

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠

Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا

“Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”

Surah Al-Ahzab : 66-68

Hati-hati memberi ajar kepada follower. Menjadi influencer bukan terhenti di dunia sahaja. Apa yang kita tulis, kita ajar, kita cakap kepada follower kita akan dihitung satu persatu adakah menepati dengan ajaran Allah ‘Azza wa Jalla.

Tidak perlu lari dari tanggungjawab dengan harapan dapat lepas dari gangguan dunia. Di Akhirat tidak ada tempat untuk lari lagi.

Kita akan dikembalikan menghadap Allah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَكُنتُمۡ أَمۡوَٰتٗا فَأَحۡيَٰكُمۡۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ

Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Surah Al-Baqarah : 28

Saifuddin Yusof
Amal sekecil atom akan dihitung juga.

Sumber: Facebook Ahmad Saifuddin Yusof