Sekolah Terengganu

Rahsia Kenapa Pelajar Sekolah Terengganu Hebat-Hebat Belaka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap kali keputusan peperiksaan di Malaysia diumumkan, negeri Terengganu didapati sering mengungguli senarai negeri yang mendapat peratusan kelulusan cemerlang yang tinggi.

Sejak dari dulu lagi, pelajar-pelajar dari Terengganu sememangnya diakui sebagai hebat-hebat belaka dan menjadi contoh bagi negeri-negeri yang lain.

Apakah rahsia sekolah-sekolah di Terengganu ini?

Satu ciapan di Twitter yang dibuat oleh seorang bekas pelajar yang menceritakan pengalamannya pernah melanjutkan pelajaran di Terengganu beberapa tahun yang lalu kini kembali tular dan telah menerima lebih 6 ribu Likes dan diulang kicau lebih 9 ribu kali.

Dalam ciapan yang dibuat oleh sara @Sarrahamin tersebut, dia telah mendedahkan apa sebenarnya yang menjadi rahsia kehebatan pelajar-pelajar sekolah di Terengganu selama ini.

Ikuti perkongsian menariknya berikut yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar-pelajar sekolah yang lain di seluruh Malaysia.

Sekolah Terengganu

Dulu aku selalu gak tertanya pahal eh Terengganu ni kalau exam besar UPSR/PT3/SPM/STPM selalu result diorang perform teruk! Sekarang aku macam dah dapat jawapan.

Sumpah masa mula parents nak hantar aku sekolah Terengganu. Aku taknak sebab jauh pastu sebab takut takda kawan. Pastu aku cam hm mungkin ada sebab diorang hantar sekolah sini.

Mula je aku masuk sekolah, sumpah aku cakap aku kagum dengan cara budak budak Ganu ni. Dari perhimpunan sampai balik sekolah.

Dalam hati aku time tu macam terfikir โ€œOKAY LA NO WONDER RESULT EXAM BUDAK GANU SELALU TOP 1โ€ Aku pulak macam bodo je sebab aku tak tau nak mula dari mana.

Segan pun ada sebab aku tengok member lain semua macam dah terbiasa. Aku je masih terkial-kial haha.

Okay first, start dari masuk sekolah cikgu dah pesan awal-awal suruh bawak Quran. Pelik juga time tu kenapa kena bawak. Member lain bawak la sebab diorang dulu sekolah lama pun buat benda sama jugak. Aku je tak.

Rupanyaa diorang kat sini memang perhimpunan pagi mula dengan baca al-Quran tu benda wajib! Baca ramai-ramai sekali dengan terjemahan.

Tak cukup tu, solat sunat hajat dan solat sunat dhuha pun diorang buat. Solat berjemaah pulak tu.

Incase kalau tak sempat buat solat sunat waktu awal pagi tu. Cikgu suruh korbankan waktu rehat untuk buat solat sunat.

Okay dah siap-siap semua masuk kelas pulak. Tiap kali habis kelas, semua orang pi bangun salam cikgu mintak maaf mintak halalkan ilmu. Kalau ada 5 subjek, 5 orang cikgu la kena salam maknanya.

Aku mula pelik sebab biasa aku salam cikgu time nak balik je ๐Ÿ˜‚ tu pun kalau sempat hahaha. Dah kawan semua salam aku ikut je lah pi salam gak ๐ŸŒš

Bila fikir balik, kalau diorang buat macam tu. Dah berapa banyak kali diorang mintak maaf mintak cikgu halalkan ilmu? MEMANG WOW LA DAK DAK GANU NI ๐Ÿ‘๐Ÿป

Time balik pulak solat Zohor berjemaah tu benda wajib jugak. Tiap hari! Kalau sekolah lama aku sekali je seminggu tu pun kalau takda program lain ๐ŸŒš

Dulu jadual sekolah aku pukul 1 lebih camtu dah balik. Sekolah sini selagi tak pukul 3.30 tak balik memang takda can balik awal. Aku takleh terima gak mula-mula sebab penat doh.

Diorang ni rajin gila. Dah balik lambat pun still lagi nak stay kat sekolah. Sumpah aku tak faham hahaha. Tak reti letih ke?

Aku masa awal persekolahan tu, elok je habis solat tu terus balik ah. Memang aku tak stay sebab penat. Pastuuu result exam aku macam teruk sebab diorang semua pandai!

So lepas result macam sampah, lowest mark kot time tu sumpah rasa nak benti sekolah. Lepas pada tu aku ikut la diorang stay. Sebab dah ada kesedaran la time tu sampai bila nak jadi bodo hahahah.

Tak cukup study sendiri, diorang mintak cikgu buat kelas malam pulak. Dah la balik petang pastu malam ada kelas. Aku sabar je ikut je diorang๐ŸŒš

Padahal time tu lambat lagi nak exam. Tapi cikgu dah galak buat kelas. Dah lama macam tu aku dah biasa. Hari hari balik lewat ada kelas sampai malam pun takdahal. Tambah-tambah time nak dekat exam memang hari-hari sekolah sampai malam.

Nampak la dekat sini diorang memang rajin. Aku dah tak pelik la pahal result dak dak Ganu selalu perform. Sumpah aku bangga kawan dengan diorang. Aku dulu tak pernah gi sekolah waktu malam serius.

Lepas dah ikut cara dak dak Ganu ni belajar. Mengaji solat study semua Alhamdulillah result aku meningkat jugak. Tapi still rendah la sebab aku baru nak start. Sedangkan diorang amal benda tu dah lama en so tak heran ah.

Oh yaa, cikgu kat sekolah pun boleh kata hari-hari ingatkan suruh buat solat sunat waktu malam lepas study camtu. Pastu pesan suruh bangun awal gak buat solat sunat lagi pastu study sikit baru siap-siap gi sekolah.

Lagi-lagi bila nak dekat exam! Cikgu selalu ingatkan! And yess memang aku rasa macam miracle happen bila buat semua-semua tu. Sumpah aku tak tipu. Aku tak expect result aku dapat weh serius.

So dekat sini apa yang aku nampak. Pasal apa result diorang selalu bagus. FIRSTLY! sebab hubungan dia dengan Allah. Mengaji sebelum masuk kelas, solat solat sunat (dhuha & hajat) pastuu diorang selalu solat berjemaah. Cikgu memang selalu gila ingatkan!!

SECONDLY, hubungan dengan cikgu. Salam minta maaf/ halalkan ilmu tiap kali cikgu keluar kelas. Bukan time nak balik je diorang salam. Pastu diorang memang baik dengan cikgu. Kalau bab makanan tu memang cikgu pun tak berkira. Kalau ada lebih makanan kat bilik guru cikgu share dengan kitorang.

Dah habis sekolah ni pulak, tiap kali datang sekolah diorang ni mesti bawak buah tangan untuk cikgu. Memang nampak la cikgu bahagia betul kalau student datang. Aku dulu gi sekolah habis SPM bawak diri je ๐ŸŒš

3rd cara diorang belajar! Bayang la kitorang STPM 4 subjek je. Tapi hari-hari balik petang. Dah balik petang pun malam tu ada lagi kelas sampai pukul 10. Balik rumah sambung buat homework pulak. Sebelum gi sekolah pun cikgu suruh usha dulu topik yang nak belajar dalam kelas satgi.

Okay ni last, hubungan dengan kawan. Tak kedekut ilmu! Yang pro ni diorang cam buat kelas untuk ajar kawan yang kurang faham. Haa lagi satu diorang memang ada group study! Kalau takda kelas keje diorang study la. Macam aku dulu kelas cancel aku balik ah apa lagi. Tapi diorang tak!

NI YANG PALING PENTING! Doa dan usaha. Doa tanpa usaha adalah sia-sia. Kau pun kena la usaha sama. Kesedaran dalam diri tu pun perlu ada untuk tingkatkan semangat nak belajar dan berjaya capai impian yang kita inginkan cehhh. ALL THE BEST โค๏ธ๐ŸŒน

At the end, Alhamdullilah dapat ambik result atas pentas sama-sama dengan pelajar cemerlang yang lain. Syukur Alhamdulillah Allah makbulkan doa nak ambik result atas pentas. Tak sia-sia parents hantar belajar jauh. Sekarang dah nampak apa hikmahnya ๐Ÿ’–

BACA: Tak Perlu Sambung Belajar, Buat Konten TikTok Pun Boleh Kaya-Raya? Ini Nasihat Untuk Adik-Adik

Sumber: Twitter @Sarrahamin