95% Pelancong China India Tiada Rekod Keluar

Lebih 1 Juta Warga China Dikesan Tiada Rekod Keluar Dari Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seramai lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh antara 2018 hingga 2021, berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, rekod keluar masuk JIM menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini.

Kenyataan itu adalah jawapan bertulis KDN kepada soalan Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor), yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia di antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.

Lebih 1 juta china tidak keluar malaysia

Mengulas lanjut, KDN memaklumkan, rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan, seramai 2,960 wanita warga China direkodkan berkahwin dengan lelaki tempatan bagi tempoh 2018 hingga 2021.

BACA: Lebih 95% Pelancong China, India Tiada Rekod Keluar

Sumber: Berita Harian