Warna Kulit Anak-Anak

‘Sayangilah Anak-Anak Anda Tidak Kira Warna Kulitnya’ – Doktor Pakar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setiap ibu bapa inginkan anak dalam kandungan yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan yang sempurna dan kesihatan yang baik.

Ramai yang mengamalkan petua-petua tertentu yang dikatakan dapat membantu untuk mendapatkan anak yang lebih cerdik, hidung lebih mancung, rambut lebih lebat, kulit lebih putih dan sebagainya.

Bagi mendapatkan kulit yang gebu dan putih misalnya, ada yang mengamalkan petua banyakkan minum air soya, minum air kelapa, makan telur putih, makan kacang hijau, makan strawberi, makan sengkuang, jangan makan kicap, jangan minum kopi dan macam-macam lagi.

Namun sebenarnya, sikap sebegini amat tidak digalakkan dan seolah-olah kasih sayang ibu bapa tersebut diberi mengikut rupa paras fizikal anak mereka semata-mata.

Perkara ini ditegur oleh Doktor Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) terkemuka, Dr Imelda Balchin baru-baru ini setelah menyedari terdapat komen yang berunsur sedemikian di laman Facebooknya.

Semoga teguran dari Dr Imelda ini dapat kita jadikan iktibar bersama.

Warna Kulit Anak-Anak

Terima kasih kepada netizen ini yang menurut permintaan saya padamkan komen begini dari laman saya.

Saya memohon anda semua supaya ada hati, ada perasaan dan ada empati sebelum membuat komen.

Jangan sangka anak-anak anda sendiri tak terasa dan tak terguris hatinya bila ibu bapa sendiri memuji adik yang berkulit putih. Anda tidak patut buat diskriminasi begitu kepada anak-anak sendiri. Jangan merosakkan keyakinan diri anak-anak anda yang tidak berdosa.

TAK BAIK. SEDIH HATI SAYA.

Sayangilah anak-anak anda tidak kira warna kulitnya.

Saya boleh delete sendiri komen sebegini tetapi saya suruh netizen ini delete sendiri komen dia dengan harapan dia insaf di mana silapnya. Saya harap anda insaf dan sedar warna kulit itu tidak penting. Apa yang lebih penting ialah hati yang baik dan hati yang bersih. Ajarlah anak-anak anda supaya mereka ada keyakinan diri sendiri dan percaya mereka boleh menjadi orang yang hebat tidak kira warna kulit.

Sekian saya berletiaq.

BACA: Trend Kecantikan Baru Di China, Bayi Dipakaikan Helmet Supaya Kepala Nampak Lebih Bulat

Sumber: Facebook Imelda Balchin