Pasport Palsu

Hati-Hati! Anda Boleh Dituduh Memiliki Pasport Palsu Jika Ini Berlaku Di Jabatan Imigresen

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Keterujaan memperbaharui pasport untuk ke luar negeri kadangkala menyebabkan kita lalai dan terlupa untuk menyemak perkara yang paling penting semasa berada di Jabatan Imigresen.

Hal ini pastinya boleh menyebabkan kelam-kabut ketika proses daftar masuk di lapangan terbang sehingga menyebabkan kerugian apabila pas penerbangan dan juga tempahan penginapan terpaksa dibatalkan.

Lebih teruk, kita juga boleh dituduh memiliki pasport palsu serta didakwa melakukan kesalahan sekiranya perkara ini diambil mudah.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Nadia Nadia yang menasihatkan orang ramai agar jangan sekadar memeriksa nama dan nombor MyKad sahaja semasa hendak mengambil pasport baharu di Jabatan Imigresen.

Ikuti kisah benar berikut untuk dijadikan pengajaran bersama. Terima kasih Nadia Nadia untuk perkongsian yang sangat bermanfaat ini!

1 Pasport Palsu

Yang baru renew passport tu jangan excited sangat bila passport dah siap. Kawan sekolah saya tak lepas imigresen kat KLIA sebab nombor passport dia tak sama dengan sistem/data imigresen. Tak pasal-pasal dia pula yang dituduh bawa dokumen palsu padahal terang-terang bukan salah dia.

Bila tak lepas imigresen kena la collect bag semula dan boarding pass dibatalkan. Jangan harap boleh terbang. Rugi segala arrangement yang dah dibuat. Tu belum kira banyak masa yang terbuang lagi. Selepas tu macam-macam la proses yang kena lalui.. boleh rujuk gambar (report) untuk maklumat lanjut.

Yang paling kelakar masa kawan saya pergi ke pejabat imigresen untuk betulkan passport, dia pula yang kena marah dengan pegawai bertugas sebab dia buat laporan polis. Pegawai tu kata tak perlu report polis pon.. boleh terus datang ke pejabat imigresen. Mudah-mudah je dia buat kan. Nak sorok apa tu? Hurm macam fishy je kan. Kenapa pula nak marah? Takut polis siasat ke? Ke orang-orang dalam ni yang tukar data.. wallahualam 🤔

Pape pon bagus kawan saya report polis sebab passport ni bukan main-main. Dokumen rasmi kerajaan Malaysia. Identiti/pengenalan diri kita semasa di luar negara. Tanpa dokumen yang sah boleh jadi pelarian kita. Tak boleh terima kalau ada kesalahan atau kata kecuaian sistem lebih-lebih lagi bila dah melibatkan banyak kerugian wang, masa dan tenaga. Senang je mereka nak lepas tangan dan nak sorok kesalahan. Cuba kalau rakyat yang salah?

Selain report polis, kawan saya juga buat laporan-laporan lain termasuk report ke Biro Pengaduan Awam. Saya harap mereka ambil serius isu ini supaya tak terjadi kepada rakyat lagi. Bayangkan kita dah excited nak travel, dah bayar segala benda tapi tak lepas imigresen.

Saya bukan nak viral tapi saya harap post saya ni boleh jadi pengajaran. Untuk sesiapa yang nak buat/renew passport mohon anda alert dan minta pegawai yang serah passport anda tu check dulu nombor passport. Jika nombor sama dalam sistem baru sign atas passport. Jangan terus ambil atau sekadar check nama dan ic sahaja. Biar kita lambat di imigresen asal kita selamat di Airport nanti ✌🏻

BACA: Menyesal Letak Nama Anak Panjang? Ini Panduan Permohonan Proses Pendekkan Di JPN

Sumber: Facebook Nadia Nadia