sri lanka

Lelaki Ini Perjelas Malaysia Tidak Akan Muflis Seperti Sri Lanka

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Disebabkan ketidaktentuan yang berlaku di Sri Lanka, terdapat pendapat orang ramai di luar sana yang menyatakan bahawa Malaysia bakal mengalami nasib yang sama.

Seorang pengguna Facebook bernama Megat Hisemudin Megat Kasim telah memberi perbandingan perbezaan ekonomi dan nilai hutang kedua-dua belah negara. Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Perbezaan antara Sri Lanka dengan Malaysia

Sri Lanka:

Hutang dalam matawang asing – US$51b @ 52%.
Rizab asing – US$2.4b.

Jadi Sri Lanka tiada rizab matawang asing untuk membiayai import.

Malaysia:

Hutang dalam matawang asing – US$6b @ 2.5% sahaja. Selainnya hutang Malaysia adalah dalam Ringgit dari institusi tempatan.
Rizab asing – US$116b.

[Nota:]

1. Apabila hutang luar dalam matawang asing, ia tertakluk kepada fluctuation iaitu kadar turun naik matawang asing berbanding Ringgit.

Seperti sekarang, jika berhutang guna Dollar Amerika, maka adalah amat “sakit”. Berbanding jika kita berhutang dengan Yuan China atau Yen Jepun yang perbezaannya tak tinggi kerana sama-sama menerima penyusutan matawang @ currency depreciation against US Dollar.

2. Hutang negara banyak dalam Ringgit kerana kita menggunakan sehabis-habisnya dana institusi tempatan.

Hutang ini tidak tertakluk kepada perubahan kadar kerana Ringgit adalah bernilai tetap. Yang dibayar tambahan ialah faedah bank sahaja.

Malaysia mampu untuk membiayai paling kurang 5 bulan hutang asing jangka pendek.

sri lanka

Sri Lanka:

Defisit perdagangan antarabangsa tiap-tiap tahun sejak lebih 10 tahun lamanya.

Malaysia:

Lebihan (surplus) bagi perdagangan antarabangsa dengan konsisten sejak lebih 25 tahun dahulu.

Sri Lanka:

Pengimport bahan api dgn harga yang tinggi. Beban besar padanya.

Malaysia:

Pengeksport bahan api iaitu minyak dan gas dunia dengan harga yang tinggi.

Memberi manfaat besar bagi negara.

Malaysia tidak akan muflis seperti Sri Lanka.

BACA: Sri Lanka Muflis, Penunjuk Perasaan Jumpa Wang Tunai Jutaan Rupee Dalam Kediaman Presiden

Sumber: Megat Hisemudin Megat Kasim