merdekarya

Merdekarya Dedah Wanita Hina Islam Dan Pasangannya Telah Lama Bikin Kecoh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila tularnya video yang memaparkan seorang wanita membuat percubaan ‘stand up comedy’ di sebuah kelab komedi, Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail namun menonjolkan kelakuan yang dipercayai menghina Islam.

Akibat daripada kes ini, kelab komedi tersebut telah diarah tutup operasi untuk sementara waktu bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan.

merdekarya

Bikin Kecoh Di Merdekarya

Terbaru, sebuah kafe dan bar, Merdekarya melakukan satu pendedahan tentang wanita tersebut bersama pasangannya membuat cubaan menjatuhkan reputasi bar mereka.

Merdekarya mendedahkan bahawa Alex, iaitu pasangan wanita terbabit bernama Amy sering berkunjung ke bar mereka semenjak tahun 2015 lagi.

Walau bagaimanapun, Alex didapati melakukan perbuatan tidak bermoral kepada pengunjung wanita bar tersebut lantas pihak Merdekarya memberi pilihan kepada Alex untuk tidak berkunjung ke bar mereka atau menghentikan tingkah lakunya itu.

Alex pada asalnya akur untuk tidak hadir semula ke Merdekarya. Namun, pada bulan lalu, pasangan tersebut berkunjung semula ke bar Merdekarya pada bulan lalu bagi menganjurkan sebuah acara.

Acara yang ingin diketengahkan oleh Alex berkisar tentang ‘stand up comedy’, Alleycats dan juga bengkel seks. Ini menyebabkan pihak Merdekarya menolak permintaan mereka itu.

Geram permintaan mereka ditolak, mereka lari meninggalkan premis Merdekarya tanpa membuat bayaran ke atas makanan yang berjumlah RM75. Bukan itu sahaja, mereka mengugut Merdakarya serta ingin melakukan perbuatan khianat ke atas bar tersebut.

Tambahan lagi, Alex mendakwa yang Merdakarya cuba memperdaya umat Islam apabila menghidangkan daging babi, sedangkan di menu mereka memang jelas mengatakan ada babi.

merdekarya

Bengang dengan tindakan pasangan tersebut, pihak Merdakarya telah membuat laporan polis dan Alex ditahan serta didakwa di mahkamah. Beliau mengaku bersalah dan dibebaskan dengan kompaun sebanyak RM100.

Mengikut Merdakarya, agenda pasangan tersebut adalah untuk memperalatkan pentas seni tempatan bagi mempromosikan gaya hidup kultus seks mereka. Jika lokasi itu tidak membenarkan permintaan mereka, rancangan mereka seterusnya adalah untuk memaksa pihak berkuasa menutup tempat tersebut.

Inilah yang sedang terjadi kepada Crackhouse Comedy Club apabila mereka diarah tutup operasi. Merdakarya berharap pihak berkuasa menarik balik penggantungan lesen Crackhouse Comedy Club.

Kedua-dua premis ini sering menganjurkan acara mikrofon terbuka bagi mencungkil bakat baru seni masing-masing. Walaupun begitu, acara ini berpotensi membawa risiko apabila paparan seni yang ditampilkan tidak selari dengan norma kehidupan di Malaysia.

BACA: Pernah Hasilkan Filem Hina Rasulullah, Lelaki Ini Akhirnya Temui Cinta Dalam Agama Islam