Tip Haji

5 Tip Paling Berguna Yang Patut Diamalkan Oleh Setiap Jemaah Haji Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah haji sudah tentu merupakan satu pengalaman hidup yang sungguh indah.

Setiap kali menyambut kepulangan jemaah haji dari tanah suci, pelbagai kisah menarik pastinya turut dikongsikan oleh mereka.

Pengalaman mereka tersebut juga biasanya diselitkan dengan unsur-unsur nasihat, iktibar dan tip berguna yang boleh dijadikan panduan untuk bakal jemaah haji yang lain.

Profesor Madya Teknologis Profesional Dr. Ramzah Dambul juga telah berkongsi pengalaman menariknya menunaikan haji 10 tahun yang lalu untuk dijadikan iktibar bersama.

Melalui satu hantaran di Facebooknya, Rem Dambul turut menyenaraikan 5 tip berguna yang boleh dijadikan amalan oleh setiap bakal jemaah haji Malaysia pada masa akan datang.

Tip Haji

Khusus untuk para jemaah haji, saya ingin berkongsi beberapa tips non-konvensional berdasarkan pengalaman peribadi menyertai kelana spiritual ini pada tahun 2012. Tips saya dari perspektif antropologi, geografi dan klimatologi; sebab ramai ustaz dan ustazah sudah pun berduyun-duyun memberi tips rohaniah.

Tip Satu

Mina, Arafah dan Mudzalifah – merupakan dataran gurun yang sangat luas. Ada jutaan jemaah haji berhimpun. Peluang tersesat amat tinggi. Walaupun ada polis dan petugas tempatan di merata ceruk; most of them don’t speak English. Not even the VERY BASIC. Ambil gambar semua mercu tanda penting sekitar tempat tinggal (masa di Mina, juga di Mekah atau Madinah): nombor khemah, nama jalan, struktur atau binaan unik etc.

If you lose your way – these photos will help you to communicate with others, and guide you back to where you should be. Jangan sesekali fikir: “Ala, bukan boleh sesat. Kita bergerak mana-mana pun secara berjemaah, mesti tak sesat punya”. Please, DON’T take things for granted. You never know what will happen. I say TAKE PHOTOS, so just do it. Tak payah tunjuk degil.

Tahukah kamu berapa ribu jemaah yang sesat dan hilang setiap tahun? Jangan wujudkan sebarang kebarangkalian (walau hanya sekecil 0.00001%) untuk kamu jadi sebahagian statistik itu. Menyusahkan diri sendiri, keluarga, kawan-kawan, Tabung Haji dan negara.

Tip Dua

Seboleh-bolehnya jangan ambil makanan atau minuman selain yang telah disediakan oleh operator Tabung Haji. Terutama gerai tepi jalan. Kalau nampak ada banyak makanan free dihidang secara terbuka di merata tempat – masa di Mina atau Arafah – jangan gedik mau mencuba. Itu untuk fakir miskin yang datang buat haji secara ‘independent’. Bukan untuk kamu.

Lagipun tahap hygiene makanan tersebut mungkin tidak mencapai standard perut Malaysia. Bukanlah kotor atau beracun. Tapi setiap komuniti di dunia ini terdedah kepada ‘bakteria’ yang berbeza-beza di tempat asal masing-masing. Bakteria yang okey kepada orang lain, belum tentu okey jika masuk ke sistem tubuh kita sendiri.

Take care of your own good-self. Jaga kesihatan dan pemakanan ke tahap maksimum. Jika kamu sakit sebab tak reti kawal nafsu sendiri, itu memberi ‘unnecessary pressure’ kepada sumber terhad yang ada dalam ekosistem haji – dari segi kapasiti pasukan perubatan relatif kepada bilangan jemaah haji berjuta-juta. Tolong mainkan peranan untuk mudahkan keadaan, bukan tambah menyusahkan. Haji bukan satu acara individu. This is a communal activity, where ‘team-work spirit’ is crucial.

Tip Tiga

Jangan bagi sedekah kepada pengemis-pengemis yang berkeliaran. Sesuci mana pun hati kamu, sesedih mana pun wajah mereka minta dikasihani – tabah dan kuatkan jiwa raga. Jangan terpedaya, jangan tergoda.

Jika kamu bagi, maka kamu akan dikerumun dan diserbu oleh kawan-kawan pengemis itu. Hal yang pernah terjadi pada saya. Sebab kasihan, saya bagi duit pada dua pengemis anak-beranak di sekitar kawasan melontar jamrah. Tak sampai seminit, saya dikepung oleh kawan-kawan lain si pengemis tadi. Bila saya mau jalan, ada yang berpaut pada kaki sampai ihram hampir lucut (selagi tak bagi duit). Akibat geram sangat, saya tendang dia sampai berguling-guling. Pahala haji saya hilang begitu saja, jadi sia-sia.

Kalau mau bersedekah sangat, bagi pekerja migran yang jadi tukang sapu di Mekah dan Madinah. They deserve it more. Mereka tidak datang ke tempat suci ini dengan niat asasi mahu meminta-minta. Mereka datang untuk cari rezeki halal dari kudrat sendiri, sambil tolong mudahkan urusan para jemaah. But do you know: how much they earn? Lebih rendah dari Bangla tukang pam minyak di Malaysia. Sedih, kan?

Tip Empat

Drink, drink and drink a lot of water! Kalau kamu datang dengan orang tua, selalu ingatkan mereka minum air. Sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Air di sini bermaksud – air putih yang bening. Bukan air ada perisa dan berwarna. Paling afdal, jangan minum langsung selain air kosong – terutama semasa 5 hari di Mina, Mudzalifah dan Arafah.

Julai adalah bulan paling panas dan kering di Mekah. Purata suhu sekitar 40-45 darjah, dengan kelembapan (humidity) di bawah 20%. Dehydration is one of the most common problems here. Sebab cuaca begitu panas, sedangkan humidity sangat rendah. We tend to lose body fluid much, much faster. Tambah lagi, bila jiwa diuja oleh lambaian spiritual haji, kadang-kadang tubuh kita ‘terlupa’ bagi signal untuk ambil keperluan fizikal. Mungkin tidak rasa dahaga pun. Alih-alih, tetiba saja terjelepuk jatuh.

Dehidrasi merupakan SALAH SATU PUNCA TERBESAR yang menjadi trigger (pencetus) kepada pelbagai masalah kesihatan lain. Yang setengahnya membawa fatal, terutama kalangan yang telah berumur. Sebab daya rintang tubuh mereka kepada imbangan turun-naik suhu adalah lebih rendah. Do your part in preventing this.

Tip Lima

Air paip di Saudi Arabia secara naturalnya ‘lebih keras’ (hard water). Maksudnya apa? Ia mempunyai kandungan mineral (bahan asing) lebih tinggi, berbanding di Malaysia. Sebab itu jangan sekali-kali minum air dari paip, walaupun yang telah dimasak. Kalau perlu sangat mau minum air panas di bilik hotel, beli air putih yang telah dibotolkan. Kemudian didihkan.

Bila air itu ‘keras’ – proses pembuihan sabun terganggu. Mineral dalam air akan bertindakbalas dengan sabun menghasilkan jelekit pejal yang akan melekat pada tubuh. Ini selaput yang sangat halus. Bukan nampak dengan mata kasar. Bagi yang berkulit sensitif – itu boleh bawa kesan gatal-gatal yang runcing. Sebab jelekit pejal itu menutup rongga-rongga perpeluhan tubuh.

Saranan saya? Kalau mau mandi, kurangkan guna sabun. Lagi bagus kalau dapat dielak sama sekali. Alah, belajarlah sikit berkorban, dan amalkan kesederhanaan hidup. Sepanjang empat tahun di Saudi, boleh kira dengan jari berapa kali saya pakai sabun. Badan saya tidak juga reput. Malah bertambah kekar. Ketika trip haji itu sendiri, saya tidak pernah pakai sabun. Syukur, kulit selesa tahap lima, terhindar dari segala bencana kesihatan.

______________________________

Akhir sekali, selamat menyusur kembara rohani di tanah suci. Ingat, selain mencari citra keagungan Sang Pencipta – di tempat yang menghimpunkan jutaan umat seantero global ini – juga akan menemukan kita dengan nilai kemanusiaan paling sejagat. Sekiranya kita membuka hati dan minda seluas-luasnya kepada segala jenis cinta.

BACA: Ustaz Kongsi Kisah Penuh Menginsafkan Seorang Bilionair Malaysia Ketika Menunaikan Ibadah Haji Dan Umrah

Sumber: Facebook Rem Dambul