SpayLater Shopee Patuh Syariah

Ubah Struktur Pembayaran Lewat, SPayLater Shopee Kini Disahkan Patuh Syariah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

SpayLater atau Shopee Pay Later merupakan salah satu perkhidmatan BNPL (beli dulu, bayar kemudian) yang diperkenal di pasaran tempatan dan menjadi topik apabila melibatkan hukum penggunaannya.

Perkhidmatan ini memberi pengguna untuk melakukan pembelian sehingga suatu had belanja yang ditetapkan dan melakukan pembayaran pada kemudian hari.

Pejabat Mufti WP ketika itu memaklumkan terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar pada sistem SpayLater.

Mufti WP mengatakan isu syariah yang timbul adalah pada caj pemprosesan dan caj lewat bayar yang mempunyai unsur riba. Manakala bagi pembayaran secara one-off dalam tempoh sebulan, tiada isu syariah padanya kerana tiada unsur riba dan ia boleh digunakan.

Namun, sekiranya pelanggan lewat bayar dan dikenakan caj tambahan, maka berlakulah riba al-Qard.

Umat Islam dilarang untuk terlibat dengan sebarang transaksi yang mempunyai unsur riba, kerana riba adalah haram dan berdosa besar.

SpayLater kini patuh syariah

Selepas hampir 7 bulan, Shopee akhirnya mengumumkan bahawa sistem pembayaran SPayLater milik mereka kini patuh syariah.

Ia diumumkan menerusi perakuan patuh syariah melalui Amanie Advisors, firma penasihat Syariah global dan syarikat penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“SpayLater dibenarkan dari sudut Syariah.

“Ia selaras dengan keizinan Syariah pada Bay’ Bithaman Ajil (jualan pembayaran tertunda), di mana semua pihak dalam transaksi jualan bersetuju untuk membuat pembayaran secara tertunda,” kata Shopee.

Dengan itu, Shopee telah mengubah struktur pembayaran lewat yang sebelum ini dikaitkan dengan unsur riba.

SpayLater Shopee Patuh Syariah

Menerusi jadual pembayaran baharu yang dikongsikan Shopee, tiada lagi caj pembayaran lewat 1.5%, sebaliknya akaun anda akan dibekukan sekiranya mempunyai tunggakan.

Namun anda masih boleh mengaktifkan kembali akaun yang dibekukan dengan membayar jumlah tunggakan selain denda RM10 yang dikenakan Shopee.

Bagaimanapun, caj pemprosesan sekitar 1.5% akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya memilih mod pembayaran berbentuk ansuran bulanan.

BACA: Pelaburan GO+ Touch ‘n Go eWallet Kini Patuh Syariah

Sumber: Shopee