GST

‘GST Ni Bagus’ – Kelebihan GST Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Orang ramai didapati sangat terkesan dengan kenaikan harga barang yang semakin ketara dirasakan sejak akhir-akhir ini.

Kerajaan pula katanya nak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan atau panggilannya yang lebih mesra – GST iaitu Goods and Services Tax.

BACA: ‘Tiada Negara Dalam Dunia Kecuali Malaysia’ – PM Ismail Sabri Berhasrat Kembalikan GST

Pastinya ramai yang resah serta tidak bersetuju dengan langkah kerajaan yang disifatkan sebagai membebankan lagi rakyat yang sedang terhimpit teruk ketika ini.

Namun, ramai yang tidak menyedari kelebihan sebenar di sebalik perlaksanaan semula GST dan kenapa sistem ini dikatakan sangat bagus serta disukai oleh kerajaan.

M Iqbal MA menyingkap misteri ini melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut:

GST

Kenapa ramai tak suka GST?

Inilah puncanya, ramai tak bayar income tax. Tak pernah declare ataupun tiap tahun under declare atau rugi je memanjang.

Dengan ada GST, tak boleh nak tipu, under declare sebab kena declare awal-awal GST input dan output tax.

Jadi segala nilai jualan sebenar dan kos sebenar bahan mentah dapat disemak melalui input dan output tax. Tak ngam, terkantoilah di situ. Itulah kelebihan sebenar GST, transparent dan ada self check.

Dulu tak pernah bayar cukai, bila buat GST kena dah bayar GST dan income tax. Itu sebab kena naikkan harga.

Sebab itu kerajaan suka GST. Effectively, GST dapat kurangkan harga barang. Tengok macam harga kereta, under GST harga kereta lebih murah berbanding SST.

Industri automotif sangat regulated sebab nak tentukan cukai eksais dan pelbagai lagi cukai yang berbeza antara CKD dan CBU. So setiap rantaian industri automotif ni agak transparent dan susah nak tipu.

Itu sebab bila buat GST, harga kereta turun sedikit berbanding SST. Tapi bila harga naik, puncanya sebab tak pernah bayar cukai.

So, sistem GST ni bagus, transparent dan dapat kurangkan penipuan. Shadow economy pun dapat dikurangkan.

Sumber: Facebook M Iqbal MA