Jihad Inflasi

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi: Persoalan Dan Cabaran Sebenar Yang Mereka Perlu Tempuhi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kenaikan kos sara hidup, ruangan media sosial dibanjiri dengan pelbagai komen yang rata-ratanya negatif.

“Kenapa nak berjihad pula?”, “Apa guna Menteri dan Timbalan yang dilantik selama ini?”, “PM Ismail Sabri nak tubuhkan apa lagi hari ni?” dan bermacam-macam lagi komen yang semuanya berunsur negatif.

Tidak ramai yang mahu benar-benar tampil untuk menyumbangkan buah fikiran, mengemukakan pandangan atau memberikan pendapat mereka sendiri selain dari hanya berani mengkritik langkah kerajaan tersebut di sebalik papan kekunci.

ZaYed Zulfikli walau bagaimanapun telah membuat satu hantaran yang sungguh bermanfaat di Facebooknya berikut bagi mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama berfikir sejenak dan melihat dengan lebih jelas apakah yang benar-benar dapat dilakukan oleh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini demi masa depan negara kita.

Berikut merupakan beberapa persoalan, langkah-langkah dan cabaran utama yang dilontarkan oleh ZaYed Zulfikli kepada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi untuk sama-sama dijadikan renungan oleh rakyat Malaysia.

Mampukah Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi ini mencapai matlamat penubuhannya? Sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan yang terbaik.

Jihad Inflasi

Pasukan Jihad?

Apa pasukan jihad ni nak buat?

Can you control FCPO price?

Can you control oil price?

Can you control wheat price?

Can you control corn price?

Can you request BNM to reduce OPR?

Can you request FED to reduce OPR?

If you can control these, you can control the world. You can control EU, you can control China, you can control US.

Kalau betul-betul nak tangani inflasi:

  1. Increase subsidies/handout

– Dah naikkan Bantuan Keluarga Malaysia, adakah itu mencukupi?

Government pun takde duit.

Government income pun kurang.

  1. Increase supply

You have to spend increase the supply by creating more parties to produce at low cost.

Allow importation of good and products yang mana lebih rendah dari harga pasaran, tapi ini akan mengganggu industri.

  1. Ease/slow down the demand by increasing tax (direct or indirect)

– Berani nak buat GST skang nih? Tak takut kalah pilihan raya?

Increasing tax, corporation will produce less, hence, tax after profit pun less, plus increasing OPR will also investment.

  1. Increase minimum wages

Dah buat tapi apakah ia berkesan dan mungkin ini menambahkan lagi inflasi.

  1. Potong gaji korang

Berani ke nak potong gaji korang? Yang ni kalau buat, memang rakyat akan bersimpati dengan korang. Barulah berjiwa rakyat. Kah kah kah.

Nak tangani inflasi, you must be daring enuff to make unpopular decision yang memang akan dikritik dan dikutuk oleh segenap rakyat Malaysia.

BACA: ‘GST Ni Bagus’ – Kelebihan GST Yang Mungkin Ramai Tidak Sedar

Sumber: Facebook ZaYed Zulfikli