Tidur Dalam Kereta

Hati-Hati Tidur Dalam Kereta, Bahaya Bukan Berpunca Dari Keracunan Karbon Monoksida Sahaja

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pemanduan jarak jauh memang sangat meletihkan dan kadangkala amat membosankan sehingga menyebabkan pemandu berasa hilang fokus dan mengantuk.

Pemandu-pemandu teksi dan perkhidmatan e-hailing juga sering mengalami masalah yang sama setelah penat bekerja dalam jangka masa yang lama.

Sebenarnya, adalah merbahaya sekiranya pemandu atau penumpang ingin berhenti untuk berehat dan tidur di dalam kereta walaupun hanya untuk seketika.

Bukan sahaja keracunan karbon monosida dari asap ekzos kereta masih boleh berlaku, malah kekurangan bekalan oksigen di dalam kereta juga sebenarnya boleh mengundang padah.

Ini yang cuba disampaikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya berikut.

Bagaimana masalah kekurangan oksigen berlaku? Benarkah ia boleh menyebabkan mangsa koma atau meninggal dunia? Ikuti perkongsian bermanfaat ini untuk kesedaran bersama. Terima kasih, Dr Zubaidi!

1 Tidur Dalam Kereta

BAHAYA TIDUR DALAM KERETA, BUKAN SETAKAT KERACUNAN GAS KARBON MONOKSIDA

Kita sering diberitahu bahawa tidur dalam kereta boleh menyebabkan kematian akibat keracunan gas karbon monoksida. Tetapi ia juga boleh disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen di dalam kereta.

Apabila kita buka penghawa dingin dan menaikkan semua tingkap kereta, menyebabkan udara dalam kereta hanya beredar dalam kereta. Tiada sumber oksigen dari luar.

Tahap oksigen akan semakin berkurang apabila kita bernafas. Sekiranya kita berada lama berada dalam kereta, tahap oksigen makin berkurang. Apatah lagi jika terdapat lebih dari seorang berada dalam kereta tersebut. Semakin ramai, semakin cepat tahap oksigen akan berkurangan.

Apabila tahap oksigen berkurangan kepada tahap 75-80% sahaja, kita mula rasa sukar bernafas. (Tahap oksigen yang normal dalam darah adalah melebihi 95%). Jika mencapai 25% kita mungkin pengsan. Sekiranya kita sedang tidur, menyebabkan kita tidak dapat bangun mendapatkan bekalan oksigen di luar kereta, kita mungkin akan terus koma dan meninggal dunia.

Ini berbeza apabila kereta bergerak kerana udara (yang mengandungi oksigen) akan masuk ke dalam kereta. Kita bernafas bukan menggunakan oksigen yang sama beredar dalam kereta. Udara dari luar membekalkan oksigen yang baru.

Jadi jika hendak rehat dan tidur dalam kereta, turunkan sedikit tingkap kereta supaya udara boleh masuk ke dalam kereta.

Ketika berada di jalan sesak, kita mungkin berasa mengantuk kerana tahap oksigen yang di dalam kereta sudah berkurang kerana udara tidak masuk dalam kereta yang berhenti.

Jadi turunkan sedikit tingkap kereta walaupun kita menggunakan penghawa dingin.

Jadi bukan saja tahap gas karbon monoksida dari ekzos sahaja yang berbahaya, tetapi tahap gas oksigen yang rendah juga berbahaya.

Semoga bermanfaat.

#HealthDrZubaidi
www.drzubaidi.com

Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan.
https://t.me/PerkongsianDrZubaidiHjAhmad

BACA: 3 Daripada 4 Mangsa Terkorban, Ini Risiko Yang Wajib Anda Tahu Tentang Tabiat Buruk Tidur Dalam Kereta

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad