Transgender Acara Renang Wanita

Selepas Kemenangan Transgender Dalam Acara Wanita, Badan Induk Renang ‘Terpaksa’ Buka Kategori Baharu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pada Mac lalu, seorang atlet transgender, Lia Thomas mengejutkan ramai apabila menjadi juara kebangsaan Divisyen 1 Amerika Syarikat dalam acara renang wanita.

Kemenangan Lia telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan profesional sukan apabila dia memecahkan rekod pertandingan yang sebelum ini dipegang oleh wanita sejati.

Lia seorang transgender yang baru sahaja menukar jantinanya ketika berusia 21 tahun dan sebelum ini pernah berada dalam pasukan renang lelaki.

Dia menjadi tumpuan selepas muncul dalam acara renang wanita, sekali gus mendapat reaksi balas yang agak panas selepas memenangi kejuaraan.

Rata-ratanya berpendapat Lia Thomas memenangi acara itu dengan tidak adil kerana dia mempunyai fizikal dan tenaga lelaki.

Lebih daripada 300 perenang kolej, Pasukan USA dan Olimpik menandatangani surat terbuka untuk menyokong Lia dan semua perenang transgender dan bukan binari.

Namun, atlet dan organisasi lain telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemasukan golongan transgender.

Transgender Acara Renang Wanita

Rentetan isu tersebut, badan induk renang dunia telah mengeluarkan larangan wanita transgender daripada bertanding dalam acara wanita, bermula serta-merta.

Ahli Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) juga bersetuju menerima pakai dasar kemasukan jantina baharu, yang hanya membenarkan perenang yang disahkan perempuan sebelum usia 12 tahun untuk bersaing dalam acara wanita.

“Ini dapatan kajian sains, jika anda bertukar (jantina daripada lelaki ke perempuan) selepas akil baligh, anda mempunyai kebolehan yang tidak sama dengan wanita, jadi ia tidak adil,” kata James Pearce, jurucakap kepada Presiden FINA.

Kata pakar yang dilantik untuk menangani isu tersebut, kelebihan itu tidak hilang walaupun mereka mengambil terapi hormon termasuk saiz paru-paru dan jantung yang lebih besar, tulang yang lebih panjang di samping tangan serta kaki yang lebih besar.

Sehubungan itu, sukan renang akan mewujudkan ‘kategori terbuka’ bagi membolehkan penyertaan atlet transgender. FINA pada masa yang sama memutuskan untuk mengekalkan pemisahan antara kategori lelaki dan wanita dalam sukan akuatik.

BACA: Ini Yang Berlaku Apabila Golongan Transgender Menguasai Sukan Wanita

Sumber: Awani