Formula Doa Yang Betul

Nak Berdoa Kena Ikut Formula? Ustaz Tegur Jangan Diajar Cara Berdoa Tanpa Rujukan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berdoa amat dianjurkan dalam Islam hinggakan mereka yang tidak berbuat demikian diumpakan sombong dengan Allah SWT.

Sebagai insan, sudah tentu tidak lengkap rasanya jika kita tidak mengadu dan meminta pertolongan daripada orang lain, apatah lagi kepada Tuhan yang telah menciptakan semua makhluk di muka bumi ini.

Apabila bercakap mengenai doa, pasti ada yang pernah terbaca mengenai cara berdoa yang betul menerusi media sosial supaya hidup kita menjadi lebih baik.

Katanya, dengan mengikut formula yang betul, barulah ada keberkatan dalam berdoa kepada Allah. Sehinggakan formula cara berdoa dengan betul ini turut dikongsi oleh coach bisnes, trainer dan motivator.

Bagaimanapun, perkara ini telah ditegur oleh Ustaz Masri Ramli menerusi hantaran di Facebook.

Formula Doa Yang Betul

Susahnya nak berdoa kalau macam ni. Lepas ni para ustaz kalau nak ajar cara-cara doa mustajab, nasihatkan jemaah supaya beli Kamus Dewan DBP edisi terkini supaya dapat guna perkataan yang betul.

Janganlah kita memandai-mandai bercakap pasal doa sedangkan ia satu ibadah yang agung.

Jangan kita merepek-repek mengajar orang teknik berdoa yang tidak ada asal daripada wahyu.

Formula Doa Yang Betul

Cukuplah belajar doa daripada apa yang diajar dalam al-Quran dan al-Sunnah.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ٦٠﴾ [غافر: 60]
Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan yang hina [Ghafir 40: 60]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ١٨٦﴾ [البقرة: 186]
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka [jawablah], bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi [segala perintah] Ku dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. [Al-Baqarah 2:186]

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ٥٥ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ٥٦﴾ [الأعراف: 55-56]
Berdo’alah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (55) Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah [Allah] memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (56) [Al-A’raf: 55-56].

Tulisan bertajuk ini seolah-olah nak gambarkan Allah ni jahil, tak tahu apa yang orang nak ketika berdoa sedangkan Allah tahu isi hati manusia. Sekaligus, ini sebenarnya satu bentuk sangka buruk kepada Allah.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca satu doa yang sangat umum tetapi maksudnya tersangat luas. Merangkumi semua jenis kebaikan di dunia dan akhirat.

سَأَلَ قَتَادَةُ أَنَسًا أَىُّ دَعْوَةٍ كَانَ يَدْعُو بِهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَكْثَرَ
Qatadah bertanya kepada Anas tentang doa apakah yang paling kerap Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam lakukan.

قَالَ كَانَ أَكْثَرُ دَعْوَةٍ يَدْعُو بِهَا يَقُولُ ‏
Anas r.a menjawab: Baginda paling kerap berdoa dengan doa:

اللَّهُمَّ آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, berikan kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, dan selamatkan kami daripada azab neraka.

Formula Doa Yang Betul


Qatadah berkata: Apabila Anas r.a mahu berdoa, dia akan berdoa dengan doa ini. Apabila dia mahu berdoa dengan doa lain, dia akan membaca jua doa ini.

[Sahih Muslim, Kitab adz-Dzikr wa al-Dua’ wa at-Taubah wa al-Istighfar, no: 2690]

Lihat jua doa Nabi Yunus:

Formula Doa Yang Betul

Daripada Sa’ad radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Doa Nabi Yunus ketika dia berdoa di dalam perut ikan paus itu ialah: Tiada tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku daripada orang yang zalim. Sesungguhnya tidaklah seseorang berdoa dengan doa ini pada apa-apa keadaan melainkan Allah akan menjawab doanya. [Jami’ at-Tirmizi, Kitab ad-Da’awat, no: 3505]

Doa ini adalah apa yang ada dalam al-Quran ketika Allah menceritakan tentang Nabi Yunus a.s.

Formula Doa Yang Betul

Dan [ingatlah kisah] Dzun Nun [Yunus], ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya [menyulitkannya], maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: [1] “Bahwa tidak ada Tuhan [yang berhak disembah] selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (87) Maka Kami telah memperkenankan do’anya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman. (88) [Al-Anbiya’ : 87-88].

Trainer, coach bisnes, motivator. Tolonglah berhenti bercakap pasal doa dan semisalnya tanpa rujukan daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Sumber: Facebook Masri Ramli