Shopping Online

Hati-Hati ‘Online Shopping’, Trend ‘Jual Akaun’ Pada Peniaga China Kini Berleluasa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sektor e-dagang di Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah berjaya mencatat rekod pendapatan sebanyak RM1 trilion pada 2021. Namun, hampir setiap hari, ada saja kes penipuan urus niaga atas talian yang dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Mereka yang gemar shopping secara online atau membeli barang di atas talian melalui platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, PG Mall dan sebagainya kini dinasihatkan agar berhati-hati dengan trend menjual akaun kepada peniaga dari China yang mencurigakan.

Seorang pengguna Facebook, Asraff Jeffery yang sering berkongsi tip-tip dan penemuan-penemuan baharu dalam dunia bisnes telah mendedahkan trend tersebut melalui hantarannya berikut:

Shopping Online

Sambungan dari lepak dengan kawan yang pro Shopee dua hari lepas, katanya sekarang menjadi trend orang Malaysia jual akaun Shopee kepada orang China.

Mereka (orang Malaysia) buat SSM, setup kedai di Shopee, naikkan rating dan jualan supaya ada bukti transaksi, kemudian jual kepada peniaga dari China dengan harga yang agak lumayan.

Masa dengar kawan saya kongsikan hal ini, saya memang terkejut. Ingatkan page FB dan YouTube sahaja orang niagakan, rupanya akaun di Shopee pun sama! Fuh, next level🤣😂

Tapi dari sini kita boleh tahu yang kita kena makin berhati-hati untuk beli barang di Shopee dan Lazada. Boleh jadi barang yang kita order sebenarnya tidak wujud, syarikat itu hanya dummy untuk scammer tipu duit kita. Kalau barang yang harga besar, ada baiknya kita pergi beli secara offline, walk-in ke kedai. Tapi kalau tidak kisah, tak ada masalah.

Ilmu Allah itu luas.

Yang penting jangan merasakan diri sendiri lagi hebat dari orang lain.

——

Di ruangan komen, beberapa orang lagi netizen turut berkongsi pengalaman mereka mengenai isu ini:

“Baru aku faham, patutla ada seller tulis pos barang dari Selangor (contoh) tapi end barang sampai dari China, bila chat tak faham Bahasa Melayu 😑😑😂😂” – Firdaus Adnan

“Itu masalah kat Shopee. Tulis kedai kat Puchong. Kat description kemain sedap barang ready stock either warehouse Puchong atau China. Padahal 100% China haha” – Nur Muhammad Zanini

“Shopee and Lazada, mudah.my, Lelong ni bersepah scammer, siap ada rate ⭐ lagi..perlu tengok feedback and usia akaun dah order tiba-tiba suruh tukar item cakap tak ada stock” – Rofaizol Lazim

BACA: ‘Scam’ Terbaru Menggunakan Shopee – Wanita Ini Kerugian Lebih RM24 Ribu! AWAS! Elak Dari Terpedaya Seperti Ini

Sumber: Facebook Asraff Jeffery