Stesen Radio

‘Body Shaming’, ‘Downgrade’ Dan Menghina Orang Lain, DJ Stesen Radio Ini Undang Kecaman

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pelik betul zaman sekarang ni pun, masih ada lagi ramai yang gemar memandang negatif dengan suka mengata dan memburuk-burukkan orang lain.

Lebih teruk, hinaan dan cacian tersebut dipercayai disiarkan secara langsung dalam satu segmen radio dan diperdengarkan ke seluruh negara, walaupun tanpa memetik nama sebenar.

Dalam satu topik berjudul “Dulu lain sekarang lain!” yang dibawakan oleh satu stesen radio popular, DJ-DJ dan para pendengarnya telah berpakat untuk sama-sama mengata dan menghina kenalan mereka sendiri.

Perkara ini telah ditegur oleh Dr Syahr Musafir melalui satu hantaran ‘pedas’ di Facebooknya. Rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk mengecam tindakan kurang profesional DJ-DJ, penerbit dan stesen radio yang dianggap ‘sampah’ tersebut melalui ruangan komen.

Jom ikuti perkongsian Dr Syahr Musafir tersebut.

Stesen Radio

“Dulu masa di sekolah dia cantik, hidung terletak, bla bla.. Tapi hari tu jumpa di stesen minyak, dia tu yang nama Melur tu tegur aku, terkejut… Rupa lain, badan berisi, kerja stesen minyak…”

Begitulah DJ lelaki tu bercerita.

Dibalas dengan cerita oleh DJ perempuan pula, “Dulu di sekolah, lelaki tu paling hebatlah, jawatan Ketua Pengawas, pandai, kita orang rasa dia nanti kerja CEO lah. Sekarang jumpa, dia kerja eksekutif biasa je…”

Kemudian mereka terima panggilan, daripada seorang perempuan, juga bercerita.

“Dulu waktu sekolah, saya kelas hujung. Tak pandai. Ada orang ejek dia, dia kata saya budak tak pandai nanti besar kerja cleaner je… Sekarang saya jumpa dia, dia suri rumah je. Belajar pandai tapi tak dapat kerja apa pun sebab anak ramai. Saya bangga saya ni sekarang cikgu…”

Siaran radio terkenal lebih kurang jam 7.45 pagi tadi, berkisarkan topik “Dulu lain sekarang lain!”

Disebabkan DJ-DJ itu bercerita pasal benda negatif, pemanggil pun cerita negatif. Bukan negatif je, tetapi lengkap dengan body shaming, menghina pekerjaan dan memburuk-burukkan ‘kawan sekolah’ sendiri.

Tak elok tau.

Awal pagi dah beri mood negatif kepada para pendengar. Saya pula biasanya dengar radio lain, tiba-tiba pagi tadi terdengar siaran radio S**** FM pulak, memang memburukkan mood. Geram nak marah pun ada.

Kepada DJ dan pemanggil tu saya nak share pesanan; Kita ni ada segalanya. Rupa paras, kekayaan, populariti dan pekerjaan yang baik. Jangan kita lupa semuanya pinjaman Allah saja. Allah boleh tarik semuanya pada bila-bila masa dan sekelip mata saja. Mungkin nak bercerita saja-saja dan suka-suka, tetapi cara dan nada bercerita tu ehhhhh tak boleh ke kalau elok-eloklah sikit?

Pekerjaan cikgu adalah mulia, tetapi cikgu kena ingat ‘pekerjaan’ suri rumah juga adalah mulia. Tak ada kekurangan atau kehinaan pun pada kerjaya sebagai suri rumah. Ada orang berkualifikasi PhD sebelum umur 30 tahun dan bergelar doktor tetapi memilih untuk jadi suri rumah tau.

Dan ada suri rumah, dia mempunyai pendapatan berpuluh ribu sebulan hingga ratusan ribu sebulan pada masa sama dapat jaga, ajar dan didik sendiri anak-anaknya tanpa perlu bayar sesen pun kepada cikgu-cikgu tadika tau.

Dan kepada DJ, orang gemuk ke, kurus ke, kulit kusam ke, kulit cerah, kerja eksekutif ke, kerja CEO ke, ehhhh apa salahnya?

Saya ada kawan, dulu masa sekolah rendah dia orang miskin tetapi rajin gilerrrrr belajar. Saya tanya “Kenapa kau rajin belajar?”

Dia jawab, “Mak aku suruh belajar supaya aku boleh dapat pekerjaan yang baik nanti besar dan ubah nasib keluarga..”

Sekarang dia kerja hebat, bawa mak dia duduk sekali dengan dia, dan sekarang kalau mak dia kata “Mak rasa nak pergi jalan-jalan ke luar negara,” dia boleh terus tempah tiket penerbangan pergi Paris ke, New York ke, Australia ke, book hotel dan bayar pakej jalan-jalan peribadi terus pergi minggu depan terus sekeluarga mak dia, dia, isteri dia, 6 anak-anak dia, tanpa perlu fikir panjang dan bayar cash. Nak cakapnya, dia berjaya dan kaya sekarang. Umur sama je macam saya ni.

Hebat dia. Dulu lain, sekarang lain kan…

Dan saya ada seorang kawan lagi, dulu pemalas gilerrrrrr kalau bercakap dengan dia memang rasa dia macam takde wawasan hidup la. Hahaha saya tak tahu nak describe camne. Sekarang dia rajin gilerrrrr, sangat mesra dan baik, dia jadi petani dan pada masa sama jadi usahawan, pendapatan dia sebulan tak nak la cerita. Dia pernah bayar zakat perniagaan (atau pendapat) RM40 ribu, bagi saya nilai ni banyakkkk la, terkejut saya. Dulu lain, sekarang lain.

Cerita la benda positif, adoyaiii takkanlah benda tu pun nak kena ajar.

FB Syahr Musafir Selasa 31/05/2022

BACA: Banyak Yang Hanya Merosakkan Minda, Program TV Tempatan Sekarang Dah Tak Macam Dulu-Dulu

Sumber: Facebook Syahr Musafir