Bomoh

Bahaya! Elak Jumpa Bomoh Untuk Urut Kalau Doktor Dah X-Ray Dan Simen Tulang Yang Patah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Banyak berlaku kejadian yang melibatkan pesakit ‘pandai-pandai’ pergi berurut dengan bomoh walaupun sebelumnya telah menerima rawatan dari doktor bagi memulihkan tulang yang patah.

Apalah gunanya susah-susah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis, X-ray dan dipasang simen tetapi akhirnya memilih rawatan tradisional kampung yang kononnya lebih cepat dan mujarab.

Mungkin tidak salah sekiranya pesakit tersebut ingin mendapatkan rawatan atau terapi susulan selepas kecederaan tersebut telah pulih dengan sempurna.

Tetapi, yang menjadi isu ialah ada pesakit ‘palatao’ yang sanggup memecahkan simen dan mengharapkan semata-mata urutan dari bomoh dapat mencantumkan semula tulang yang telah patah itu secara ‘ajaib’ tanpa menyedari risiko berlakunya kecacatan kekal!

Demikian diceritakan oleh Dr. Arisman, MD. di Facebooknya ini untuk dijadikan pengajaran dan iktibar bersama:

Bomoh

 

PATAH TANGAN KEMUDIAN JUMPA BOMOH UNTUK PECAHKAN SIMEN

Saya berjumpa senario yang mana seorang perempuan berusia jatuh tergelincir kemudian patah tangan.

Dia berjumpa dengan doktor di hospital kemudian dipastikan patah tangan dan dipasangkan simen selama beberapa minggu.

Apabila dia balik ke rumah beberapa hari, dia merasa tidak selesa dan sedikit sengal-sengal. Tiada gejala lain yang serius.

Seperti kebanyakan kita yang suka mencuba “rawatan kampung”. Saudara mara pula cuba membantu dengan memberi nama dan nombor telefon bomoh-bomoh atau orang yang boleh merawat patah tulang ni untuk cantum balik dan sembuh tanpa simen. Kita dah basi dengan situasi begini kan dan ia turut berlaku dalam keluarga terdekat kita sendiri. Betul?

Dipendekkan cerita, dia pergi ke satu tempat dan tukang atau bomoh itu pergi buka simen pada tangan yang patah itu dan mulakan rawatannya.

Pesakit tadi balik ke rumah dan beberapa hari, tangan yang patah itu semakin sakit. Dia bercadang untuk mendapatkan X-ray di klinik swasta kerana saudara maranya suruh periksa X-ray lagi.

Saya tanya, “Kenapa tak pergi semula ke tukang bomoh tu puan?”

“Bomoh tu tak pandai tengok X-ray. Dia tak tahu dalaman ni. Lepas saya buat X-ray ni baru anak saya bawa pergi jumpa bomoh tu semula.” katanya.

….. Krik krik krik.

Saya masih tak faham. Buat X-ray dan percaya pada diagnosis si doktor, tapi tidak percaya dengan rawatan doktor. Sebaliknya jumpa bomoh untuk rawatan ajaib mereka.

X-ray beliau menunjukkan kedudukan tulang patah sudah semakin lari. Jari-jari pesakit sudah ada yang kebas dan lemah. Boleh jadi sudah mencederakan saraf atau pembuluh darah disampingnya semasa proses rawatan dengan mengurut pada tempoh hari dengan si bomoh itu.

Saya berdoa semoga ia dapat dipulihkan dan tidak jadi cacat.

Nak salahkan si bomoh ke kalau macam tu? Ada yang berani? Atau sekadar berdiamkan diri sahaja kemudian jumpa doktor semula untuk rawatan seterusnya.

Pesanan saya: Jika patah tangan tu, janganlah pergi mengurut atau pergi jumpa tabib/bomoh. Bahaya. Cacat kemudian hari, menyesal hingga ke mati.

Dr. Arisman, MD.
(Gambar pinjam dari Google)

BACA: Gurau ‘Tarik Kerusi’ Bertukar Tragedi, Gadis Ini Lumpuh Selepas Tulang Belakang Disahkan Patah

Sumber: Facebook Dr. Arisman, MD.