Produk Overclaim

AWAS! Produk ‘Overclaim’ – Dapat Kelulusan Dari KKM Bukan Jaminan Ia Berkesan Dan Selamat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kebanjiran produk kesihatan dan kosmetik tempatan di pasaran akhir-akhir ini sedikit sebanyak agak menggusarkan orang ramai.

Perkembangan ini walau bagaimanapun masih lagi dilihat sebagai positif kerana secara keseluruhannya, ia berupaya meningkatkan ekonomi usahawan tempatan sehingga ramai kini telah bergelar jutawan.

Namun, kebimbangan orang ramai tetap wujud kerana kebanyakan dari produk ini didapati sering menawarkan tuntutan palsu dan mengelirukan pengguna.

Seorang peguam yang prihatin, Mahmud Jumaat menerusi satu hantaran di Facebooknya menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada mengenai produk yang disebut sebagai overclaim ini.

Orang ramai juga digesa agar lebih peka mengenai iklan-iklan produk tersebut serta lebih cakna mengenai peranan Lembaga Iklan Ubat (LIU) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu ini.

Adakah kelulusan dari KKM sahaja sudah mencukupi untuk membuktikan produk ini selamat digunakan?

Benarkah Dato Seri Vida pernah dihadapkan ke mahkamah sebelum ini kerana produknya gagal untuk mendapatkan kelulusan dari LIU?

Apa yang perlu dibuat sekiranya anda pernah menjadi mangsa kemudaratan produk ini?

Elak diri anda dan keluarga dari menjadi mangsa produk overclaim. Sila baca hantaran yang dibuat oleh Mahmud Jumaat ini dengan teliti dan kongsikannya dengan yang tersayang.

Produk Overclaim

NETIZEN BERWASPADA DENGAN IKLAN-IKLAN HARAM PRODUK

Tertarik dengan terbitan Dr Rafidah Abdullah berkenaan dengan mana-mana iklan produk kecantikan yang menuntut bahawa produk mereka mampu untuk mencegah, merawat atau mendiagnos penyakit seperti, buah pinggang, penyakit jantung, kencing manis, sawan, lumpuh, asthma, kanser, saraf, darah tinggi dan lemah fungsi kelamin adalah salah bawah dengan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Tahukah anda bahawa KKM mengawal pengiklanan produk kesihatan melalui Lembaga Iklan Ubat (LIU) yang ditubuhkan bawah akta yang sama?

Setiap iklan produk akan ditapis oleh LIU sebelum diluluskan dan disampaikan kepada pengguna agar tidak dikelirukan dan ditipu oleh peniaga yang tidak amanah.

Bagi iklan kosmetik akan tertakluk kepada “Cosmetic Advertising Code” yang mana berfungsi untuk membersih, menyegarkan dan mewangi sahaja dan bukan untuk merawat mana-mana penyakit.

Oleh demikian, mana-mana pihak wajib untuk mendapatkan kelulusan Lembaga Iklan Ubat sebelum membuat sebarang iklan.

Dato Seri Vida sebelum ini pernah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan mengaku bersalah bawah Seksyen 4B Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 kerana gagal untuk mendapatkan kelulusan daripada LIU.

Produk-produk kesihatan yang tidak berdaftar, dicampurpalsu atau kosmetik tidak bernotifikasi dan dikawalselia oleh LIU adalah amat berisiko dan boleh memudaratkan kesihatan.

Sekiranya mana-mana produk overclaim telah mendatangkan kemudaratan kepada diri anda, sila ikuti tip di bawah:

  1. Dapatkan laporan perubatan daripada pihak hospital untuk membuktikan kecederaan atau kesan sampingan anda dan bukti kos perubatan yang dikenakan untuk memulihkan kecederaan anda;
  2. Simpan bukti pembelian produk untuk buktikan anda merupakan pembeli dan juga pengguna produk;
  3. Simpan bukti komunikasi overclaim daripada ejen produk;
  4. Simpan komunikasi dan relevan dokumen antara anda dan ejen tersebut;
  5. Cari mangsa-mangsa yang lain yang mengalami masalah yang sama.

Namun, menurut Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor, walaupun ramai penjual produk kesihatan termasuk herba, jamu dan lain-lain menggunakan alasan bahawa produk mereka sudah diluluskan oleh KKM, jadi tentulah selamat dan berkesan.

Sebenarnya tanggapan ini tidak tepat kerana apa yang KKM lakukan ke atas sesuatu produk adalah sekadar untuk menguji kemunculan bahan asing ataupun pencemaran oleh bahan-bahan tertentu.

Ada kelulusan KKM bukanlah bukti produk itu berkesan dan terjamin selamat 100 peratus, tetapi ia hanya lulus tapisan KKM iaitu selamat daripada pencemar yang diuji untuk lesen menjual produk.

Oleh itu sebagai pengguna kita perlu berhati-hati dengan peniaga-peniaga yang overclaim demi kebaikan anda.

Dan kepada peniaga janganlah mengambil kesempatan dalam kesusahan orang lain. Kita tahu mereka yang mengalami sakit kronik dalam keadaan terdesak dan paling mudah tertipu dengan produk “overclaim”.

Walau mereka sedar bahawa agak mustahil produk di pasaran boleh menyembuhkan penyakit, namun akibat terdesak mereka masih mahu mencuba dan akibat terlewat ke hospital untuk menerima rawatan, kondisi mereka makin bertambah teruk.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kerana ibu bapa saya juga salah seorang mangsa. 😌

BACA: KKM Tambah Penyakit Baharu Dalam MySejahtera

Sumber: Facebook Mahmud Jumaat