Simpan Duit Raya Anak SSPN

‘3 In 1’ – Bapa Kongsi Kelebihan Simpan Duit Raya Anak Di SSPN

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Antara tradisi yang memberi keterujaan dalam kalangan kanak-kanak ketika hari perayaan ialah pemberian duit raya.

Kebiasaannya, duit raya yang diberikan kepada kanak-kanak akan disimpan dahulu oleh ibu bapa mereka yang menjadi ‘pengurus wang’.

Duit raya yang dikumpulkan itu akan dijadikan simpanan pendidikan untuk anak-anak pada masa akan datang.

Seperti perkongsian seorang bapa di laman Facebook, Mohd Arizan mengatakan dia memilih Tabung Pendidikan SSPN untuk menyimpan duit raya anak-anaknya disebabkan beberapa kelebihan yang turut bermanfaat kepadanya.

Boleh dapat ‘side income’

Audit duit raya anak-anak done. How to be penunggang duit raya anak-anak dengan cara berhemah?

Cara yang sama setiap tahun adalah, masukkan dalam SSPN. Sebab walaupun itu duit anak-anak, setiap tahun penyata cukai SSPN kita boleh gunakan untuk rebat cukai.

So selain duit anak-anak terpelihara dan mereka dapat dividen, kita jugak dapat ‘side income’ ratusan ringgit setahun akibat dari lebihan pulangan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jelasnya, sebanyak RM1,800 pelepasan cukai diterima hasil memasukkan duit raya ke dalam akaun SSPN seperti yang dikongsi. Duit lebihan cukai juga boleh digunakan untuk tujuan lain.

3 In 1:

1. Saving anak.

2. Investment anak.

3. Lebihan cukai ratusan ringgit untuk ibu bapa (Boleh bawa anak-anak melancong dan makan KFC)

Simpan Duit Raya Anak SSPN

Untuk tahun lepas 2021, anak-anak dah ‘bantu’ kami untuk pelepasan cukai sebanyak RM1,800 (Maksimum RM8,000). Terima kasih korang.

So moral of the story, jadilah penunggang duit raya anak secara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak selerak.

Update: Nak register SSPN senang je. Buat melalui online. Taip je SSPN PRIME, dia akan keluar link dia untuk register. Hanya beberapa minit dah siap.

Menyimpan di mana-mana pun bagus, cumanya jika anda mahu menabung demi kemudahan pendidikan anak-anak, menabung di SPPN merupakan satu pilihan yang lebih bijak.

Sumber: Facebook Mohd Arizan