
Tak Puas Hati Nasi Goreng Kosong RM6, Cetus Pergaduhan Di Restoran Nasi Kandar
Suasana di sebuah restoran nasi kandar menjadi tegang selepas seorang pelanggan ditumbuk oleh pekerja restoran terbabit gara-gara tidak berpuas hati dengan harga makanan.
Seorang pengguna Twitter, shahrulnizammm berkongsi pengalaman buruk keluarganya makan di salah satu cawangan restoran nasi kandar popular di Negeri Sembilan.
Menurutnya, pergaduhan tercetus apabila salah seorang ahli keluarganya mengadu harga makanan yang dipesan didakwa mahal, tidak setanding dengan apa yang dijamu.
Last night i was attacked by the gangster workers of Nasi Kandar Liga Maju, Bahau, Negeri Sembilan. I being hold by several people and being punched blindly by the workers. 5-6 workers were involved. pic.twitter.com/I8V4Bc57VU
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Katanya, menu yang dipesan seperti nasi goreng yang dihidangkan tidak bersayur menyebabkan mereka rasa tidak berbaloi untuk membuat bayaran penuh atas makanan yang dipesan.
Ujarnya, mereka perlu membayar lebih RM50 untuk tiga nasi goreng kosong, dua megi goreng tiada isi dan satu nasi lemak kosong bersama beberapa air.
Ibunya mempertikaikan harga nasi goreng yang dinyatakan berharga RM6, tetapi juruwang terbabit telah meninggikan suara menyebabkan dia berasa berang dengan menghempas kotak tisu di atas kaunter.
Total was about 50++, then mak aku tanya lah, berapa harga nasi goreng tu. Dia cakap rm6. Mak aku bising lah, apa benda yg mahal sgt sampai rm6. Dia kurang kan singgit, tapi total still 45++. Utk 3 nasi goreng kosong, 2 maggi koreng takde isi langsung, dgn nasi lemak kosong
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Dia mendakwa ditumbuk beberapa pekerja di situ selepas bertekak dengan juruwang sehingga menimbulkan kekecohan di restoran terbabit.
Memang panaslah hati aku. First, kau jerkah mak aku. Second we are the customer. Itu ke cara kau respond to complaint? Lepas dia jerkah mak aku, mmg aku mengamok, aku maki dia, then amek kotak tisu kosong, hempas atas kaunter. Takde kene siapa pon.
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Selepas pergaduhan itu, beliau telah membuat panggilan kepada polis dan polis tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
Waktu kecoh2 kene pegang tu, ada 5-6 org pekerja dia yg lain main tumbuk curi from the back and side. Sampai luka jugak lah muka aku, leher, bahu tangan semua. Aku mmg tak sempat buat pape, tangan, leher aku semua kene pegang. Bukan sorg, 4-6 org in one time pegang aku pic.twitter.com/goUUJsrO1q
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Dalam pada itu, Shahrul turut memaklumkan ketika dia membuat laporan, polis bertugas memaklumkan pekerja restoran terbabit memang ‘bermasalah’ dan sudah ada kes yang sama berlaku sebelum ini.
Tambahya, dia tidak berharap semua akan berpihak kepada dirinya cuma tidak mahu apa yang terjadi kepada dirinya berlaku kepada orang lain.
“Ia bukan kerana wang, tetapi kejujuran dalam bisnes. Setiap duit yang saya buat adalah daripada titik peluh sendiri. Berapa ramai lagi yang akan tertipu tetapi diam sahaja?” ciapnya.
Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen turut mengatakan servis restoran berkenaan sememangnya kurang memuaskan.
Tidak kurang juga yang menyalahi pengguna Twitter itu kerana tidak melihat atau bertanya harga menu restoran yang dikunjungi sebelum memesan makanan.
Menurut laporan media, polis membuka kertas siasatan kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan meminta saksi-saksi tampil untuk membantu siasatan.
Trending now



