
Singapura Gagal Cerap Anak Bulan Syawal, Bakal Beraya Selasa
Rakyat Malaysia dan beberapa negara Islam telah memulakan 1 Syawal pada hari Isnin, 2 Mei 2022.
Namun, berbeza bagi rakyat Singapura, mereka bakal beraya pada hari Selasa, 3 Mei 2022.
Menurut perkongsian seorang pengguna Twitter, @rayhanburhan yang telah berkongsi hantaran daripada pemilik Instagram, @nazirudinmnasir menyatakan, pihak Mufti Singapura gagal mencerap anak bulan Syawal pada 1 Mei 2022.
percubaan untuk mencerap anak bulan tidak berjaya di Singapura.
atas sebab itu, kami di bumi Temasik akan melengkapkan 30 hari untuk bulan Ramaḍān dan beraya pada hari Selasa, 3hb Mei. pic.twitter.com/1h9uI5PKc9
— محمد ريحان (@rayhanburhan) May 1, 2022
“Percubaan untuk mencerap anak bulan tidak berjaya di Singapura.
Atas sebab itu, kami di bumi Temasik akan melengkapkan 30 hari untuk bulan Ramaḍān dan beraya pada hari Selasa, 3hb Mei.”
Pelbagai reaksi yang dibawa oleh netizen tentang pengisytiharan Syawal oleh Singapura. Mengapa tidak sahaja ikut cerapan daripada Malaysia?
Antara soalan netizen adalah seperti, sekiranya rakyat Singapura datang ke Johor, bolehkah mereka berbuka puasa?
Menurut jawapan Dr. Zulkifli, mereka wajib untuk buka puasa ketika di Johor dan menahan diri (imsāk) ketika kembali ke Singapura esok tetapi mereka juga wajib untuk qaḍāʾ selepas berhari raya di Singapura.
ini jawapan Dr. Zulkifli. mereka wajib untuk buka puasa ketika di Johor dan menahan diri (imsāk) ketika kembali ke Singapura esok tetapi mereka juga wajib untuk qaḍāʾ selepas berhari raya di Singapura. https://t.co/8YxVTbXWc9
— محمد ريحان (@rayhanburhan) May 1, 2022
Ada juga pandangan bahawa, ketidakseragaman pengisytiharan penampakan hilal (anak bulan), bukti bahawa umat Islam hari ini telah dipecah perintah dalam sempadan negara bangsa. Inilah dimensi politik.
apabila hilal kelihatan di suatu negeri, maka semua umat islam di dunia ini wajib mengikutinya. Hal ini berdasarkan prinsip wihdatul mathali‘, yaitu bahwa mathla‘
itu merupakan 1 kesatuan di seluruh dunia. Jd bila ad 1 tmpt yg melihat hilal, maka satu dunia wajib mengikutinya.— ehsanabd (@ehsansamad) May 1, 2022
Apa pula pandangan anda?
BACA: Cara Menyambut Aidilfitri Menurut Sunah Rasulullah SAW
Trending now



