5 Perkara Paling Penting Semasa Berdoa

5 Perkara Paling Penting Yang Amat Wajar Dipohon Semasa Berdoa

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam memang amat digalakkan untuk melipatgandakan amal ibadat serta memperbanyakkan lagi doa. Tibanya Syawal, amalan berdoa haruslah dilakukan secara berterusan bagi memastikan kita ini benar-benar menunjukkan syukur terhadap Ilahi.

Peluang ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja kerana pada ketika inilah kita sepatutnya benar-benar memohon dan merayu kepada Allah agar dimakbulkan permintaan kita.

Menurut Khairul Anuar Basri melalui hantaran yang dibuat di Facebooknya, terdapat 5 perkara penting yang wajar dan sepatutnya kita benar-benar pohon dari Allah.

Mungkin ada di antara kita yang hanya banyak berdoa meminta hal-hal dunia dan terlepas pandang mengenai 5 perkara tersebut selama ini.

1 5 Perkara Paling Penting Semasa Berdoa

Rupa-rupanya, doalah berapa panjang pun kepada Allah, mintalah berapa banyak pun dari Allah, kita nak hanya 5 perkara penting saja.

Yang lain-lain walaupun kita nak, ia bukanlah penting sangat. Yang lain-lain walaupun kita minta juga, ia bukanlah permintaan yang hakiki.

Apa 5 benda yang kita nak tu?

❤️ Kita nak mati dalam keadaan husnul khatimah. Mati yang baik. Semua urusan dunia selesai sebelum meninggal. Kita mati dalam keadaan taat dan patuh kepada Allah. Kita mati dengan mengucap 2 kalimah syahadah.

❤️ Kita nak lulus soal kubur. Semua soalan dapat dijawab dengan tenang. Kita nak kubur kita luas seluas-luasnya. Kita nak nak berehat dan tidur lena dalam kubur kita sampai hari semua manusia dibangkitkan di hari akhirat.

❤️ Kita nak urusan di Padang Mahsyar kita selesai dengan mudah. Kita nak supaya kita aman sejahtera. Kita nak dapat naungan dan teduhan Allah. Kita nak supaya timbangan amalan baik kita melebihi timbalan amalan jahat kita. Kita nak terima buku catatan amalan dengan tangan kanan. Kita nak apa saja datang memberi syafaat kepada kita.

❤️ Kita nak melintas titian sirat dengan sepantas kilat. Walau dalam keadaan yang gelap gelita, kita ada cahaya yang mengiringi kita. Kita nak selamat dari kawah api neraka yang berada di bawah titian tersebut. Kita tak nak sesekali tergelincir dan terjatuh ke dalamnya.

❤️ Kita nak masuk syurga tanpa hisab. Kita nak menikmati hasil daripada segala susah payah kita taat kepada Allah di dunia dahulu. Kita nak bersama dengan orang-orang yang kita sayang dan cinta di dalam syurga. Kita nak bahagia selama-lamanya.

Itulah sebenarnya 5 perkara yang kita nak kan?

Namun kawan-kawan…

Doa sahaja tidak mencukupi. Ia Ibarat kita mengharapkan duit datang tetapi kita malas bekerja.

Kita mesti buat sesuatu. Itu tugas kita. Itu tanggungjawab kita. Barulah seiring doa dan usaha.

Selebihnya kita serahkan kepada Allah. Sudah pasti Allah akan memberi balasan yang terbaik sesuai dengan usaha dan amalan kita di dunia.

Selamat pagi.

#KAB

BACA: Amalan Salah, Boleh Syirik – Peringatan Dan Teguran Ketika Berdoa Di Mekah

Sumber: Facebook Khairul Anuar Basri