Jiran Mengamuk CCTV Rumah

Lelaki Mengamuk CCTV Dihala Ke Rumahnya, Dakwa Jiran Nak Intai Isteri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

CCTV sememangnya baik untuk dipasang bagi menjaga keselamatan dan kepentingan sama ada di rumah, pejabat atau kedai.

Lebih-lebih lagi pada masa kini, keselamatan telah menjadi salah satu masalah yang besar, anda tidak dapat meninggalkan rumah dan ahli keluargamu tanpa jaminan. Pemasangan CCTV telah menjadi satu keperluan demi keselamatan kita dan keluarga.

Begitu juga yang dilakukan oleh penghuni rumah ini, namun siapa sangka tindakannya itu kurang disenangi oleh jirannya sehingga tercetusnya insiden pergaduhan.

Tular satu klip video di media sosial yang memaparkan insiden pergaduhan dua orang lelaki yang mana salah seorang daripada mereka didakwa mahu mengintai pergerakan jirannya menerusi pemasangan CCTV.

Menerusi video 2 minit 52 saat itu, lelaki itu dilihat mengamuk kepada seorang jiran kerana didakwa menghalakan pergerakan CCTV ke arah rumahnya sehingga menimbulkan syak.

Lelaki itu turut mendakwa tindakan jirannya menghalakan CCTV ke rumahnya sebagai mahu mengintai pergerakan isterinya memandangkan rumah mereka hanya bersebelahan.

Bagaimanapun, jiran berkenaan memberi penjelasan bahawa dia tidak mengetahui tentang pergerakan CCTV itu selain menyifatkan ia sebagai aktiviti normal untuk alat elektronik itu berpusing sebanyak 360 darjah. Dapat dilihat pergerakan CCTV itu hanya menghala sehingga ke arah kawasan parkir rumahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi hairan yang mana mereka menyifatkan tindakan lelaki itu memarahi jirannya sebagai tidak wajar. Ada juga yang berpandangan mungkin lelaki tersebut mahukan privasi.

“Besar rahmat CCTV jiran boleh hala ke rumah. Apa-apa jadi nanti nak minta tolong jiran juga.”

“Jiran rasa terganggu sebab hilang privasi. Nak buat aktiviti beriadah di kawasan parkir rasa tak selesa.”

Jiran Mengamuk CCTV Rumah

Sebenarnya boleh disaman jika hala CCTV rumah jiran

Menurut seorang peguam hartanah, Syaz.MJ memaklumkan seseorang individu boleh dikenakan tindakan saman di mahkamah jika memasang CCTV dan menghala ke rumah orang lain.

Ia dianggap salah mengikut undang-undang kerana disifatkan sebagai menganggu privasi sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa.

“Dalam satu kes, jiran disaman dan mahkamah benarkan kerana CCTV menghadap terus ke rumah dan mengganggu privasi hingga menyebabkan stress,” katanya.

@syaz.mj

Terganggu dengan CCTV jiran menghadap direct rumah anda? Ketahui hak anda. #lawyersyaz kongsikan. #peguamhartanahanda #tahukahanda #legal #property

♬ bunyi asal – πŠπ‡π€πˆ || 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐞𝐭🎟️ – πŸ™‚ πŸ™‚