Phishing

AWAS! Ramai Hilang Duit Dari Akaun Bank Akibat ‘Phishing’ Di Musim Raya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Beberapa kes yang melibatkan kehilangan wang dari akaun bank telah dilaporkan sejak kebelakangan ini menggunakan kaedah phishing.

Dengan memperdaya orang ramai memberikan maklumat peribadi, kaedah ini mampu membuatkan mangsa hilang wang yang disimpan di dalam akaun bank dalam sekelip mata!

Biasanya, mangsa terjebak setelah mengklik pautan atau memuat turun aplikasi palsu yang tidak sah seterusnya tertipu dengan memberikan butiran peribadi termasuklah nombor akaun bank dan kata laluan kepada scammer.

Kod Kebenaran Transaksi atau Transaction Authorisation Code (TAC) juga tidak diterima oleh mangsa kerana aplikasi samaran tersebut berupaya untuk menyekat mesej yang dihantar dari pihak bank.

Kegiatan phishing ini didapati semakin menjadi-jadi ketika orang ramai baru saja mendapat wang Pengeluaran Khas KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan sibuk berbelanja ketika di musim perayaan ini.

Zulhafidz Yahaya telah membuat satu perkongsian yang sangat bermanfaat di Facebooknya sebagai panduan untuk orang ramai mengelak dari menjadi mangsa phishing.

Sebarkan dan kongsikan kepada orang yang tersayang!

Phishing

KES ORANG HILANG DUIT dari dalam akaun bank selepas download apps phishing. Duit KWSP lebuh.

Hati hati para pengguna. Musim Scammers.

  1. Jika disuruh download apps, cari di Playstore, kalau ada .apk tu tak sah dan tak secure.
  2. Untuk pembayaran online, kalau boleh, jangan guna direct account yang selalu kita ada duit banyak dalam tu, buat akaun lain yang bila nak guna je, baru transfer ke situ .
  3. Atau buat kad-kad seperti Wise, Bigpay, etc untuk pembayaran-pembayaran online. Nak guna, nak bayar, baru top up masuk situ. Letak minimum je dalam tu, RM10, nak beli online, nak bayar online, nak transfer kepada mana-mana akaun dalam dunia pun boleh , bila nak guna je baru top up masuk situ.
  4. Jangan hidup dengan hanya 1 akaun bank. Bank tu la saving, bank tu la investment, bank tu la daily login, bank tu la terima duit payment, gaji dan buat pembelian online. Jangan. Buka je Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam etc, tapi untuk transaksi online, pakai 1 je yang tak ada duit dalam akaun tu, hanya transfer bila nak pakai sahaja.
  5. Baca reviews atau testimoni sebenar di sosial media yang dah ada tempoh matang orang kata, bukan akaun sosial media baru buat 1-2 bulan.
  6. Jika pembayaran Manual, sila check nombor akaun dan nombor telefon di web PDRM CCID Portal. Jika pembayaran online pun, check je nombor akaun, nombor SSM, nombor telefon. Search di FB nama syarikat or nombor telefon or nombor akaun tu. Kadang-kadang ada orang share dah nombor-nombor tersebut scammers.
  7. Mungkin anda boleh tambah lagi… tapi kadang kita terleka or tercepat decide.
  8. Kalau gi overseas, lagilah kena hati-hati bab-bab guna wave payment RFID etc tu. Semalam viral video di US, ada kedai serbaneka terkenal, mesin bayar kredit card dia ada tracer. Dia trace nombor password apa kita tekan… better payWave, tapi buat limit. Ada sesetengah kad, lepas 10 kali payWave, kali ke 11 akan kena guna nombor PIN. Means kalau ada orang curi kad tu, 10 kali dia wave beli barang lepas, kali ke 11 dia kena masukkan PIN.
  9. Call your bank , tanya apa new security thread dan apa sebagai pengguna boleh update untuk keselamatan. Maybank2u memang antara yang kena hit kuat scammers dari luar negara. Phising link banyak. Jangan klik link sembarangan.

BACA: Ketahui Teknik Yang Digunakan Oleh Sindiket Macau Scam Untuk Tukar ‘Caller ID’

Sumber: Facebook Zulhafidz Yahaya