iklan raya boboiboy

Iklan Raya BoboiBoy Sentuh Hati Netizen, Bakal Tenggelamkan Video Raya Aliff Syukri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Iklan raya BoboiBoy yang dimuat naik oleh Monsta sedang trending di YouTube ketika ini.

Menariknya untuk iklan raya kali ini, pihak Monsta telah memasukkan senibina bandar Melaka dan perjalanan pulang ke kampung oleh keluarga dan rakan-rakan BoboiBoy adalah menuju Kota Hilir.

Untuk iklan raya BoboiBoy tahun ini, Tok Aba membawa BoboiBoy dan rakan-rakannya pulang ke rumahnya di Kota Hilir yang juga merupakan kampung halaman asal Tok Aba bersama arwah isteri dan juga anaknya, Amato.

Dapat kita perhatikan, iklan raya ini telah berjaya meraih perhatian ramai sehingga tular ke negara jiran, Indonesia.

iklan raya boboiboy

Jom tonton iklan raya BoboiBoy dan pastikan anda ‘stanby’ tisu ya. Kalau terus trending, bolehkah video raya Dato Sri Aliff Syukri kekal trending?

BACA: Tak Ada Sampul Duit Raya? Gadis Ini Ajar Cara Buat Sendiri Di Rumah