Pengeluaran Khas KWSP

Pengeluaran Khas KWSP: Terbukti M40 Sebenarnya Turut Sama Terdesak Seperti B40?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Orang ramai ketika ini dilihat sudah mula menikmati pembayaran pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diawalkan sejak 18 April yang lalu.

Tinjauan ketika cuti umum sempena Nuzul Quran menyaksikan pusat komersial dan beli belah di ibu negara sesak kerana menjadi tumpuan orang ramai yang berbelanja.

Mereka yang masih ternanti-nanti pula dinasihatkan supaya tidak risau oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kerana pembayaran dibuat secara berperingkat.

Ini disebabkan kerana terdapat kira-kira 5.3 juta permohonan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM40.1 bilion yang merupakan sangat besar untuk disalurkan dalam masa yang singkat.

Menurut BERNAMA, permohonan ini juga dilihat banyak datangnya dari golongan M40 iaitu sebanyak 59%.

Adakah ini bermakna ramai di antara golongan M40 kini sedang terhimpit dan terdesak seperti juga golongan B40 yang amat mengharapkan pengeluaran khas KWSP ini?

Atau M40 ni sebenarnya saja-saja seronok nak keluarkan simpanan untuk ber’shopping’ dan beraya sakan sempena Aidilfitri tidak lama lagi?

Ir Abdul Rahman Bahasa melalui satu hantaran yang dibuat di Facebooknya mempunyai kupasan yang menarik mengenai hal ini.

Pengeluaran Khas KWSP

59% M40 MOHON RM10K EPF

M40 ni pendapatan isi rumahnya: RM4,851 sebulan sehingga RM10,970.

Bila kata pendapatan isi rumah. Senang cerita, kalau dah kahwin tu nilai yang aku sebut kat atas adalah combination gaji suami dan isteri.

So, M40 ni nak kata senang, tak senang. Nak kata susah, tak susah. Tapi most of the time sesak jugaklah..hahhaa😆

Kenapa sesak? Kebanyakkan M40 ni kerja as professional.

Kerja profesional ni kebanyakannya ada di bandar.

Bila di bandar, kos hidupnya tak murah.

Orang kata, “Okeylah tu combine laki bini dekat RM5 ribu. Nak apa lagi?”

Huhu..ada betulnya juga statement tu. Tapi tidak okey kalau hidup di bandar.

Dah duduk di bandar, takkan nak dok bawah jambatan? Ada family kot..Kena juga ada rumah. Nak beli rumah di bandar? Kirim salamlah..hahah..rumah PPR pun rate sewanya lebih RM1k. So, sewa nak kena bayar.

Belanja makan? Tak payahlah aku ulas benda ni. Semua tau apa yang jadi sekarang. RM50 tu..aduhai..suku trolley pun tak dapat..huhu

Dah sewa rumah nak bayar, makan pun mahal, terpaksalah laki bini kerja.

Dah laki bini kerja. Siapa nak jaga anak? So, anak nak kena hantar pengasuh pulak. Rate pengasuh sekarang bukan main…Secara general:

Baby: RM400 sebulan

Kalau umur anak 3-5 tahun: RM350 sebulan

Kalau mak ayah kena kerja hari Ahad/PH? Duit pengasuh je boleh cecah RM40 sehari.

Rate tadika? Nak mohon tadika KEMAS tak layak. So, hantar tadika swasta. Tadika swasta ni..Alamak tuan…dia punya yuran pendaftaran pun macam hantar anak ke universiti. Beribu-ribu nak kena ada duit😌

Anak dah sekolah? M40 ni nama je ada keta sendiri. Tapi tak mampu nak hantar anak hari-hari.

Sebab apa? Sebab kena kerja di office. Office pulak jauh dari rumah. Nak lari amik hantar anak sekolah memang tak sempat..End up kena cari van sekolah pulak. Van sekolah je average RM120 sebulan.

Tu belum kira lagi nak kena bayar pinjaman pelajaran, bil api, bil air, bil telefon, tol, minyak kereta semua.

M40 ni nampak gaji je banyak. Tapi hakikatnya “sesak”.😅

So, tak heranlah aku kalau peratus ahli EPF kategori M40 yang mohon keluarkan EPF RM10k lagi tinggi dari ahli EPF kategori B40.

Kurang-kurang bolehlah tampung apa yang tak cukup. Lagi-lagi dah nak raya ni.

Hakikatnya begitulah..Hidup sekarang memang tak murah. Kalau tak pandai manage, memang parah.

Fikir-fikirkanlah..

#IrARB

BACA: Pengeluaran KWSP – Tempoh Bekerja Yang Diperlukan Untuk ‘Bayar Semula’ Jumlah Yang Dikeluarkan

Sumber: Facebook Ir Abdul Rahman Bahasa