Air Balang

Tip Dan Cara Nak Tarik Pelanggan Singgah Ke Gerai Air Balang

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang peniaga air balang di Marang, Terengganu meluahkan rasa kecewanya di Facebook kerana gerainya tidak mendapat sambutan.

Ekoran dari itu, beliau terpaksa menutup terus perniagaannya di bazar Ramadan tersebut ketika umat Islam baru saja seminggu berpuasa.

Hantaran yang dibuat oleh peniaga tersebut juga dilihat seolah-olah mahu menyalahkan warga penduduk Marang yang tidak mahu ‘support’ perniagaan air balang anak muda sepertinya.

Thank you warga Marang sebab tak support jualan anak muda. Hari ni last kita orang berniaga dekat bandar Marang ni.

“Baru puasa 7 hari, kita orang dah kena tutup gerai sebab tak ada netizen yang support. Thank you warga Marang. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin susah”, bunyi hantaran tersebut.

Seorang pengguna Facebook yang lain kemudiannya membuat hantaran balas dengan menyatakan sebab-sebab dan memberi tunjuk ajar kenapa gerainya itu gagal.

Beliau yang hanya dikenali dengan nama Akmal turut membidas sikap peniaga yang hanya tahu untuk menyalahkan pelanggan sepertinya melalui hantarannya berikut.

Air Balang

Nak tahu apa sebab orang tak singgah?

  1. Presentation fail

Kau jual air balang zaman bila ni? Kalau awal tahun 2000 dulu, mungkin boleh. Tapi dah 2022 masih macam ni, kirim salam lah.

  1. Tak ada usaha

Orang membeli bukan dengan rasa. Jadi kau kena sampaikan rasa tu melalui pancaindera yang lain. Gunakan mata dan bunyi. Tampal sticker yang nampak air oren kau terpaling oren kat situ.

  1. Hambar

Kalau warna air tak dapat nak ubah sekalipun, kau main warna kedai. Letak warna yang menaikkan nafsu untuk orang beli. Tu alas meja. Dah kenapa alas meja guna alas meja Sekolah Agama Rakyat tahun 1999 punya?

  1. Penjenamaan

Kena la cari satu X Factor yang buat orang teringin nak singgah kedai kau. Pernah dengar kan roti canai terbang? Nasi lemak paku? Aiskrim pasu? Ini semua benda yang kau kena cari sebagai satu bonus untuk boost jualan kau.

Pernah kan tular group jual air balang sambil nyanyi sama-sama?

Atau yang letak menu air balang tu rare. “Air drebar lori, air Iron Man, air Hulk.”

Pantang betul kalau jenis meniaga tapi salahkan orang tak singgah ni. Padahal salah tu daripada diri sendiri.

Orang suruh buat banner, bunting, sticker, tak nak. Berkira. Tak tahu agaknya impak marketing and branding ni besar yang amat.

Akmal,
Sentiasa mencari salah
Sentiasa bermarah-marahan

Semoga anak-anak muda yang berada di luar sana terus cekal dan bersemangat untuk menceburi bidang perniagaan air balang di masa hadapan.

BACA: Tak Perlu Letak ‘Harga Tel Aviv’, Pemuda Kelantan Ini Buktikan Juadahnya Juga Setaraf Cef Timur Tengah

Sumber & kredit foto: Facebook Akmal