
Pengalaman Mencemaskan Doktor Pakar Selamatkan Nyawa Kanak-Kanak Tertelan Syiling 50 Sen
Seorang Doktor Pakar Telinga Hidung Dan Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam baru-baru ini telah berkongsi satu kisah yang mencemaskan di Twitter.
Seorang pesakitnya yang baru berumur 7 tahun didapati telah tertelan sekeping wang syiling 50 sen yang boleh membahayakan nyawanya.
Namun, mujur syiling tersebut telah memasuki saluran pemakanan dan bukan saluran pernafasannya.
Walau bagaimanapun, kes ini merupakan rekod bagi Dr Mohd Shaiful kerana syiling 50 sen tersebut merupakan syiling terbesar yang pernah dikeluarkannya!
Ikuti pengalaman mencemaskan beliau ini yang dimuat naik melalui beberapa siri ciapan bebenang Twitter.
JIKA SILAP MASUK SALURAN, BOLEH MEMBAWA MAUT!!!
Ini cerita OnCall di malam tadi. Seminggu sebelum menjelang RAMADAN.
Ikuti bebenang ini 👇
“Bos.. ada referral dari kecemasan ni.. budak 7 tahun tertelan duit syiling” – Kata MO saya yang OnCall.
“Bagaimana keadaan pesakit? Ada SUSAH NAFAS ke? Neck X-ray finding dia apa?” – Balasku ringkas.
“Alhamdulillah. Pesakit stable. X-ray nampak ada kat esophagus”
Alhamdulillah.
Antara kerisauan utama Pakar ENT jika ada budak tertelan bendasing adalah MASUK ke dalam SALURAN PERNAFASAN, bukan saluran pemakanan (esophagus).
Jika termasuk dalam SALURAN PERNAFASAN, pesakit boleh mengalami sesak nafas dan boleh membawa kematian.
Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di saluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius. Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja di bawah bius penuh (GA).
Alhamdulillah. Duit syiling 50 sen berjaya dikeluarkan.
UNTUK REKOD, INI ADALAH NILAI SYILING TERBESAR BUAT SAYA SELAMA MENGELUARKAN DUIT SYILING PESAKIT SEBELUM-SEBELUM INI.
(Kebanyakan sebelum ini adalah nilai 10 sen dan 20 sen)
Buat Ibu/Bapa/Penjaga… SENTIASALAH AWASI permainan anak-anak anda.
❎ Elakkan memberi mainan kecil kepada anak-anak yang suka masukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.
❎ Jangan ajar anak-anak bermain magic, hilangkan benda ke dalam mulut.
❎ Elakkan bergurau ketika ada benda di dalam mulut.
Nasihat terakhir, segeralah bawa anak-anak ke hospital jika ternampak tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya!!
Dan seandainya anda tidak nampak berlaku, antara gejala awal yang biasa adalah anak-anak muntah dengan tiba-tiba sambil menjolok tangan ke dalam mulut.
Moga bermanfaat untuk semua!
BACA: Doktor Ajar Cara Nak Lepaskan Kemaluan Kanak-Kanak Yang Tersepit Pada Zip Seluar
Sumber & kredit foto: Twitter Dr Mohd Shaiful Nizam | Epul | @Dr_Shaiful
Trending now



