Hannan Yusof

“Boss You Kerja Jual Dadah Ke?” – Persepsi Bangsa Lain Terhadap Usahawan Melayu Yang Berjaya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kadang-kadang, dah macam jadi klise pula, setiap kali ada usahawan berbangsa Melayu yang berjaya, mereka pasti dipandang serong, betul tak?

Sekali-sekala kalau mereka ni nak keluar jalan-jalan bawa Lamborghini ke, Ferrari ke, Mustang ke, mesti ada juga mulut yang sempat nak mengata.

Golongan yang dilabel sebagai ‘kayangan’ ini selalunya dikenali ramai dan biasanya terdiri daripada pengasas produk kosmetik, influencer, artis, usahawan MLM, ejen insurans, bekas ahli politik, kakitangan kerajaan dan macam-macam lagilah.

Bukan sahaja dari bangsa Melayu sendiri, bangsa lain pun sebenarnya ada juga yang sering pandang serong dan mulut ‘boleh tahan’ juga.

Seperti satu hantaran yang dibuat oleh Pengasas Hannan Medispa, Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof di laman Facebooknya ini, beliau telah berkongsi pengalamannya yang dipandang serong dan rendah oleh jirannya sendiri pada satu ketika dahulu.

Beliau bagaimanapun tidak mudah melatah dan lebih gemar mengambilnya dari sudut positif serta mengajak bangsa Melayu yang lain untuk bangkit bersama.

Jom baca kisah menarik dari beliau ini.

Hannan Yusof

  1. Dulu saya tinggal di kawasan perumahan, area orang Cina dan Mat Saleh kat Malaysia. Sebab apa saya pilih area tu? Sebab saja nak tengok macam mana habit kaum lain. Nak belajar.
  2. Ada satu cerita, tak tau nak cakap cerita ni kelakar ke sakit hati. Tapi ni memang cerita betul. Semoga jadi pengajaran kepada orang Melayu kita. Jangan nak terasa sangat.
  3. Satu hari ketika driver saya tengah lap kereta saya kat depan rumah, jiran sebelah rumah saya datang borak-borak dengan driver saya. Saya masa tu ada kat dalam rumah, perasan je dia orang borak-borak kat porch rumah tu. Nampak driver saya gelak-gelak, apalah yang kelakar sangat.
  4. On the way ke ofis dalam kereta, driver saya tanya saya nak dengar cerita kelakar tak? Saya ‘Ya’ kan jelah. Dia pun ceritalah apa yang pakcik jiran sebelah tu tanya driver saya. “ Boss you kerja jual dadah ke ?”
  5. Driver saya cerita lagi. Driver saya tanya uncle tu sebab apa dia rasa saya jual dadah. Uncle tu cakap, boss you boleh duduk area sini, kereta asyik tukar-tukar sahaja, lepas tu pagi-pagi tak kerja. Pagi-pagi jogging sahaja. Kayuh basikal. Mana dapat duit uncle tu pelik…
  6. Saya nak gelak pun ada. Saya pun pesanlah kat driver saya, next time orang tanya macam tu, kau cakap betul jelah. Memang saya jual dadah pun. Doktor dekat klinik memang kerja kita orang jual dadah. Ubat demam, selesema, batuk semua tu dadahlah tu. Uncle tu tak salah.
  7. Tapi ada pengajaran penting dalam cerita ni, betapa orang Melayu dipandang rendah dan serong di bumi kita sendiri. Nak marah Cina? Tak boleh juga sebab memang orang kita yang ramai jual dadah. Sama-samalah kita berubah. Sama-sama kita majukan orang Melayu.
  8. Bila orang hina bangsa kita, kita tak perlu marah dia orang, tak perlu buat demonstrasi ke apa. Bertumbuk dapat apa? Kita majukan ekonomi kita. Kita upgrade bangsa kita. Jangan sampai Melayu mengemis di tanah sendiri. Jom kita bangkit, Insya-Allah.

Sumber & kredit foto: Facebook Hannan Yusof