Bad Marketing Daripada Syarak Islam

Guna Kaedah ‘Bad Marketing Is Good Marketing’ Untuk Lariskan Produk, Mufti Perjelas Daripada Perspektif Syarak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Istilah ‘bad marketing is good marketing’ bukanlah frasa baharu dalam dunia pemasaran lebih-lebih lagi kehidupan masyarakat kini banyak bergantung kepada media sosial.

Semakin ramai yang menjual produk dengan kaedah begini hingga sanggup ke tahap apa yang dinamakan sebagai bad marketing – menyampaikan sesuatu yang buruk semata-mata untuk menarik perhatian.

Jika dahulu, pemasaran dengan cara bad marketing tidak meninggalkan kesan. Kini, bad marketing memberi kesan sebaliknya. Lebih penting, setelah mendapat perhatian dan ditonton, laman pemberi reaksi akan terpapar produk peniaga bad marketing tersebut.

Namun begitu, adakah promosi perniagaan sebegitu tidak salah, walaupun kaedah publisiti itu dilihat unik dan bakal melariskan jualan produk?

Dalam perniagaan, Islam sangat menitikberatkan aspek keadilan, keikhlasan, kejujuran dan ketelusan dalam berniaga.

Bagi menjawab persoalan ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memuat naik artikel terbaharu mengenai ‘bad marketing is good marketing’ daripada perspektif syarak.

Menerusi jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menggunakan kaedah sebegitu bagi melariskan produk adalah salah kerana telah bercanggah dengan prinsip syarak.

“Islam mengharuskan apa jua kaedah pemasaran yang ingin dilakukan peniaga untuk meraih keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan selagi tidak bertentangan dengan prinsip syarak.

“Kaedah pemasaran dengan cara “bad marketing” dapat memberi liputan luas kepada sesebuah perniagaan.

Bad Marketing Daripada Syarak Islam

“Namun begitu, kaedah pemasaran itu mestilah selari dengan kehendak syarak seperti tidak melakukan perkara-perkara yang haram, menimbulkan fitnah kepada Islam dan imej muslim dan sebagainya. Justeru, kaedah pemasaran sebegini tidak boleh dilakukan kerana bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak.

“Para peniaga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam memilih kaedah pemasaran yang tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak.

“Dapatkan juga nasihat daripada pihak-pihak berautoriti tentang kaedah dan batas-batas pemasaran yang ingin dilakukan. Moga-moga perniagaan yang dijalankan meraih keuntungan dan keberkatan di dunia dan di akhirat.”

Justeru, dambakanlah kualiti rezeki bukan semata-mata kuantitinya. Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan