
Aplikasi JAKIM Sengaja Disalah Erti Sebagai ‘Conversion Therapy’ – Niat Jahat Melampau Yang Akhirnya Berjaya Pengaruhi Google
Berlaku kekecohan beberapa hari yang lepas akibat tindakan Google yang menggantung khidmat muat turun aplikasi JAKIM dari Play Store.
Aplikasi Hijrah Diri – Homoseksualiti yang dibangunkan bersama oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan RAXBIT tersebut disekat kerana didakwa merupakan satu bentuk “conversion therapy” (terapi penukaran).
Kekecohan terus memuncak setelah portal berita antarabangsa The Guardian turut membuat liputan mengenai hal ini.
Ditambah pula dengan wujudnya golongan cerdik pandai yang lantang bersuara mengenai conversion therapy ini yang dikatakan tidak beretika serta bersifat penderaan seperti yang didakwa oleh pegawai penyelidikan Amnesty International Malaysia, Rachel Chhoa-Howard dan Prof Adeeba Kamarulzaman yang sibuk membuat ciapan di Twitter.
Terdapat juga segelintir golongan yang agak melampau seolah-olah nak menyamakan aplikasi telefon pintar yang hanya menawarkan khidmat nasihat ini dengan penyeksaan emosi dan fizikal yang dikenakan ke atas Alan Turing (Benedict Cumberbatch) dalam filem The Imitation Game (2014).
Perkara ini akhirnya ditegur oleh seorang peguam terkemuka, Lukman Sheriff di laman Facebooknya yang gigih cuba menerangkan kenapa aplikasi tersebut sebenarnya bukan salah satu conversion therapy, tetapi hanyalah mainan jahat pihak tertentu untuk memperdaya Google seterusnya menyekat kebebasan bersuara mengenai agama Islam.
Mengajar Nas Quran Dan Sunnah Bukan “Conversion Therapy”
Kita kena faham macam mana perkataan memberi maksud. Tiap-tiap perkataan ada konotasinya. Dan boleh ubah dari masa ke semasa.
“Conversion therapy” adalah satu perkataan yang mempunyai konotasi yang sangat negatif. Dalam sejarah conversion therapy, untuk menjadi seseorang itu heterosexual, Barat menggunakan terapi electric shocks, dadah, surgeri dan sebagainya atau dalam erti kata lain torture. Inilah maksud implikasi dan konotasi conversion therapy. (Sila lihat lampiran)
Jadi apabila satu program atau app yang dibuat secara sukarela untuk menyatakan atau menasihatkan kedudukan dalam Quran dan Sunnah dan perspektif Islam di “ban” ini amatlah bahaya dan melampau. Ia menyekat kebebasan beragama kita. Ia menyekat bagaimana kita nak bersuara.
Please note program atau app ini tiada langsung unsur paksaan fizikal whatsoever dan hanya menasihati. Tiada siapa memaksa download. (Nak download kena tahu password seseorang). Jadi memanggil ini sebagai conversion therapy memang berniat jahat untuk menyalahgambar/misrepresenting this issue. Hakikatnya, program ini jauh sungguh dari apa-apa konotasi “torture” yang timbul dari perkataan conversion therapy. Sebab itu Prof Adeeba tidak betul dalam melabel ini unethical dalam membawa physical harm. Saya rasa beliau tak pernah buka program itu pun.
Kalau program melibatkan paksaan fizikal atau torture ini cerita lain. Tetapi apabila ianya hanya sekadar menasihati dan kita dilarang untuk meluahkan atau menyuarakannya ini sudah melampaui batas. Dahlah kenyataan Islamophobia berleluasa, ini pula nak menceritakan kedudukan kita pun salah. Double whammy. Yang mungkar dibenarkan tetapi yang baik disekat. Terbalik langsung. Ia menyekat kita dari bersuara terus. Teruk betul dah ni.
Macam mana isu ini boleh masuk suratkhabar Guardian pun saya tak tahu. There is nothing for us to be embarrassed seperti mana diajukan dalam Twitter. Apa yang terjadi adalah suppression of freedom of expression and religion. Dia menyekat kita bersuara tentang agama kita. Kita sepatutnya bukan sahaja ashamed dengan tindakan Google yang termakan dengan kenyataan kebencian terhadap Islam, tetapi menentangnya dalam menyekat kebebasan bersuara dan agama kita.
Sumber & kredit foto: Facebook Lukman Sheriff
Trending now



