
Ramai Salah Faham, Ini 8 Perkara ‘Medical Card’ Tak Tanggung Dalam Bil Hospital
Secara umumnya, perlindungan insurans atau takaful perubatan individu menawarkan kemudahan kad perubatan (medical card) untuk kemasukan ke hospital.
Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan yang mana ia boleh bermula daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra bajet dan termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj berkaitan wad.
Kad perubatan sering membantu keperluan untuk membayar deposit yang tinggi dan memfailkan tuntutan selepas pengguna menyelesaikan pembayaran. Bagi kes-kes bukan kecemasan, pengguna boleh menjimatkan masa dengan mendapatkan surat jaminan hospital anda daripada syarikat insurans atau pengendali takaful beberapa hari sebelum kemasukan ke wad.
Namun begitu, apa yang ramai salah sangka apabila beranggapan menggunakan kad perubatan tidak perlu mengeluarkan duit sesen pun walaupun kita membayar tiap-tiap bulan.
Seorang pengguna Twitter, @LuthfiMY berkongsi beberapa perkara yang tidak ditanggung 100% dalam kad perubatan. Mari kita baca perkongsian beliau.
1. Deposit masuk hospital
Setiap hospital memiliki nilai deposit berbeza dan sekurang-kurangnya pengguna kad perlu menyediakan RM300 paling minimum.
2. Tanggungan sendiri
Ia adalah sejumlah wang yang ditanggung sendiri oleh anda sebelum perlindungan sebenar anda bermula. Syarikat insurans/pengendali takaful hanya akan menampung kos yang melebihi amaun tangungan sendiri (deduktibel).
3. Ko-Takaful atau Ko-Insurans
Ia merupakan amaun tetap yang anda perlu bayar dahulu sebanyak 10% tidak termasuk kos bilik dan penginapan di hospital.
4. Kos check up penyakit serius
Untuk pengetahuan, kad perubatan tidak menanggung kos check up sebarang penyakit serius.
5. Kos sebelum masuk hospital
Salah satu prosedur sekarang ini sebelum dimasukkan ke hospital adalah untuk membuat ujian RTK atau PCR COVID-19. Jadi, ujian tersebut tidak akan ditanggung dalam medical card.
6. Perbezaan harga bilik
Jika medical card anda hanya tanggung bilik berharga RM150 (bukan bilik persendirian), tetapi anda mahu bilik yang lebih selesa, anda perlu menanggung kos upgrade sendiri.
7. Co-payment upgrade bilik
Apabila anda upgrade bilik tidak mengikut pakej yang dipilih, anda juga perlu bayar co-payment bernilai 10% dari jumlah bil.
8. Perkara yang diguna tapi tiada dalam plan
Contohnya, barangan tersebut termasuklah pakaian hospital yang dipakai dan ditukar setiap hari seperti pesakit COVID-19.
BACA: Medical Card Terbaik Tak Wujud! Ini 5 Perkara Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Ambil
Sumber: Twitter LuthfiMY
Trending now



