
“Belajar Pandai-Pandai Buat Apa, Jadi Rider Pun Boleh Dapat RM3,000 Sebulan” – Apa Dah Jadi Pada Generasi Sekarang?
Ketika bermulanya pandemik sekitar 2 tahun yang lalu, didapati telah banyak berlaku penutupan syarikat dan perniagaan di Malaysia.
Ramai yang tidak bernasib baik dan terpaksa diberhentikan kerja serta sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Peluang pekerjaan dalam bidang penghantaran barang dan makanan seterusnya terbuka luas dan menjadi pilihan yang amat popular ketika itu.
Mereka yang ingin mencari rezeki tambahan terutama sekali golongan muda yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan termasuk juga graduan yang menganggur didapati tidak mensia-siakan peluang ini.
Sehinggalah sekarang, bidang pekerjaan ini didapati menjadi karier pilihan bagi rata-rata golongan muda masa kini.
Cara mudah untuk mencari rezeki dan membuat duit ini ditegur oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Khairul Mk menerusi hantarannya berikut.
Adakah ini yang menjadi cita-cita pilihan seluruh generasi anak muda negara sekarang? Apa pula akan berlaku pada Malaysia pada masa akan datang?
Ikuti pendapat beliau yang amat wajar untuk kita jadikan renungan bersama.
E-Hailing/Delivery bunuh karier development
Kita tak ada masalah tenaga pekerja tetapi kita bermasalah dengan penawaran kerja yang sangat mudah. Boleh bawa kereta, boleh bawa motor = boleh cari duit.
Bila dipupuk benda begini, mentaliti majoriti secara perlahan akan berubah secaral total.
“Belajar pandai-pandai buat apa, jadi rider pun boleh dapat RM3,000 sebulan”.
“Susahlah nak bangun pagi, kena punch card. Jadi driver Grab senang. Rajin on, cukup target sehari RM100 boleh off, terus lepak”.
Aftermath yang sedang berlaku. Jangan terkejut kerana negara dalam fasa pemulihan kepada endemik, lebih banyak tenaga kerja asing am dan professional akan masuk kerana industri sangat perlu!
Yes, short-term goal adalah untuk mencari duit sewaktu pandemik tetapi manusia tend to take it easy and susah nak bertukar setelah lama duduk di tempat yang selesa. Selesa bangun 10am tanpa perlu ke pejabat, selesa jam 4 petang boleh minum di warung. Selesa tanpa sebarang dateline yang perlu dikejar.
Kita akan kembali pada zaman 80an-90an, zaman di mana ramai yang ingin mencari rezeki cara mudah dengan menjadi pemandu teksi. Ramai juga antara kita datang dari keluarga yang dibesarkan dengan rezeki seorang pemandu teksi. Tidak salah, tiada apa yang hendak dimalukan TETAPI adakah kita mahu jadi keturunan dari moyang sampai cicit hanya settle down sebagai pemandu teksi/penghantar makanan?
Persoalannya, apa akan jadi pada generasi sekarang? Apa yang diterapkan dalam pemikiran anak-anak di sekolah? Dahulu kita selalu disuap dengan “belajar rajin, jadi pandai, boleh kerja bagus gaji besar” tapi sekarang yang diratib “buat Grab pun boleh dapat RM3,000 nak pening apa”.
Sebab mudah cari duit, mereka ini jadi bangsa lembik, tiada willing power, happy to settle as average.
Bila di berita-berita utama terpapar bangsa lain menerajui ekonomi, tembusi pasaran luar, mula mengorak langkah melancarkan produk berinovasi…. akan mula kedengaran ‘kerajaan tak tolong’ ‘kalau bangsa mata sepet senang dapat lah’.
Siapa makan cili, dia terasa bahang.
Siapa makan nasi kandar, dia mungkin cirit birit.
Lagi 10-15 tahun jangan malu jangan segan bila banyak jawatan profesional tak ada lagi muka budak makan belacan, sebab semua sibuk bercita-cita nak jadi rider/driver.
-DK-
Sumber & kredit foto: Mohd Khairul Mk
Trending now



