Setuju Ambulans Beri Laluan Konvoi VIP

Pemandu Ambulans Setuju Memang Patut Beri Laluan Kepada Konvoi VIP

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Boleh dikatakan kejadian ambulans ditahan untuk memberi laluan kepada golongan VIP kerap kali berlaku di Malaysia.

Sebelum ini, kejadian yang sama pernah berlaku apabila ambulans ditahan pihah polis untuk memberi laluan konvoi VIP di Hulu Langat. Alasan yang diberikan adalah bagi mengelakkan kemalangan dengan kenderaan VIP yang sedang melalui jalan tersebut.

Tular baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan rakaman dashcam sebuah ambulans ditahan oleh dua anggota polis bersama kenderaan lain di sebuah jalan raya untuk memberi laluan kepada konvoi VIP.

Rakaman video itu telah menyebabkan orang ramai tidak puas hati dengan kejadian tersebut yang mempersoal apakah kepentingan konvoi VIP berbanding nyawa rakyat.

@starex_kavin

“VVIP” dulu, Ambulans Later!! AGAIN & AGAIN 😒😒😏!!!

♬ original sound – rasta_Kavin0104 – rasta_Kavin0104

Memetik Harian Metro, Polis Daerah Johor Bahru Utara memaklumkan tindakan dua anggota terbabit menahan ambulans bukan untuk memberi laluan utana kepada konvoi VIP, tetapi bagi mengelakkan pertembungan antara dua kenderaan itu.

Secara ringkas, penerangan Polis JBU dapat dilihat melalui poin seperti berikut:

  • Ambulans terbabit turut diberikan ruang laluan antara kenderaan lain untuk maju ke hadapan seperti yang terpapar dalam video tular itu.
  • Anggota bertugas sudah buat penilaian dari setiap sudut keselamatan. Konvoi berkenaan sudah melalui jalan utama yang berada 100 meter di hadapan lebih awal untuk ke lokasi.
  • Penahanan ambulans sangat minimum iaitu sekitar 30 saat, bagi mengelakkan risiko pertembungan antara konvoi dan ambulans.
  • Jalan utama konvoi adalah menurun bukit dan laluan ambulans adalah dari jalan susur.

Setuju Ambulans Beri Laluan Konvoi VIP

Pemandu ambulans setuju dengan tindakan anggota polis

Dalam pada ramai orang mengecam tindakan pihak berkuasa menghentikan laluan ambulans, seorang pemandu ambulans bernama Muhd Azrul memberi pandangan berbeza dengan menyatakan bersetuju dengan situasi tersebut.

“Memang betul tindakan polis menghentikan ambulans. Daripada dalam video itu kita boleh nampak betapa laju konvoi itu bergerak sebelum ambulans itu dihentikan oleh polis.

“Kenapa perlu membahayakan banyak nyawa sedangkan kita boleh elakkan kejadian tu dari berlaku. Sebenarnya ramai juga pemandu ambulans setuju ambulans tersebut dihentikan sementara bila tengok video tu.

“Tahniah anggota trafik yang bertugas. Nanti ada la komen tunggu la sedara ko dalam ambulans tu nanti,” tulisnya di Facebook.

Sumber: Muhd Azrul, Harian Metro